Penilaian mutu beras dl pasaran Kota Kinabalu berdasarkan spesifikasi penggredan dan menilai kaitan antara gred beras dengan penerimaan sensori

Hafizah Hassan, (2000) Penilaian mutu beras dl pasaran Kota Kinabalu berdasarkan spesifikasi penggredan dan menilai kaitan antara gred beras dengan penerimaan sensori. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002445.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini meliputi dua kajian utama iaitu kajian mutu gred beras di pasaran Kota Kinabalu dan kajian penertmaan sensort mutu nasi. Kajian mutu gred beras adalah berdasarkan ciri-ciri mutu yang berhubungkait dengan spesifikasi penggradan beras. Sebanyak 52 sampel beras putih yang dijual secara runcit yang terdiri daripada beras gred Super ( 26 ) , Premium ( 17 ) dan Standard ( 9 ) telah diperolehi daripada pasaran Menggatal, Inanam dan Kota Kinabalu, Sabah. Secara keseluruhannya kebanyakkan mutu gred beras di kawasan kajian adalah tidak mematuhi penentuan penggredan beras yang telah ditetapkan oleh BERNAS. Hanya 13.5 % sampel beras mematuhi penentuan penggredan berdasarkan spesifikasi penggredan iaitu ukuran panjang 6.2 mm atau lebih, kepala beras, hancur kasar, beras hancur, biji berkapur atau belum matang, biji rosak, biji merah atau berjalur merah tua, biji padi, biji-biji lain dan benda asing serta kandungan kelembapan. Kajian sensori mutu nasi adalah berdasarkan parameter mutu nasi iaitu warna, rupa bentuk, haruman nasi, kekerasan atau kelembutan, keserasian atau kelekitan, rasa dan penerimaan keseluruhan. Didapati nasi dari beras gred Super paling diterima dan disukai oleh pengguna. Purata penerimaan keseluruhan bagi beras Super ialah 8.16ª suka ) pada skala 1 hingga 9 dimana 1 bermakna 'sangat tidak diterima' dan 9 adalah 'sangat diterima', menunjukkan perbezaan yang bererti berbanding penerimaan nasi dari beras Standard (skor penerimaan ialah 7 .46b dan Premium (6.92b). Tetapi tidak terdapat perbezaan yang bererti diantara beras Standard (7.46b) dan beras Premium (6.92b) dimana purata penerimaan keseluruhan nasi menunjukkan sederhana suka. Nasi dan beras Standard didapati lebih disukai jika dibandingkan dengan nasi dan beras premium.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: rice grade, quality, specification, level acceptance
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Jan 2015 06:29
Last Modified: 24 Oct 2017 03:10
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10268

Actions (login required)

View Item View Item