Sedimentologi, geokimia dan nilai ekonomi ahli Batu Kapur Sipit, Formasi Kalumpang di Semenanjung Semporna, Sabah

Cyprian Marsillius Tiwol, (2006) Sedimentologi, geokimia dan nilai ekonomi ahli Batu Kapur Sipit, Formasi Kalumpang di Semenanjung Semporna, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kawasan kajian terletak di Daerah Sempoma iaitu di bahagian tenggara negeri Sabah yang meliputi kawasan seluas 81 km². Kawasan kajian pada amnya terdiri daripada Formasi Kalumpang dan Endapan Kuaterner. Formasi Kalumpang merupakan batuan sedimen tebal yang berasosiasi dengan batuan volkanik yang terlipat dan tersesar hebat. Usia Formasi ini berjulat dari Miosen Awal hingga Miosen Tengah. Formasi Kalumpang di kawasan kajian boleh dibahagikan kepada tiga unit batuan iaitu Unit Batuan Klastik, Unit Batuan Volkanik dan Ahli Batu Kapur sipit. Unit Batuan Klastik ditemui di bahagian barat Bukit Brai. Unit Batuan Volkanik pula tersingkap di Bukit Brai, bahagian tengah dan timur kawasan kajian terdiri daripada batuan breksia volkanik, dasit, andesit, aglomerat dan tuf. Ahli Batu Kapur Sipit membentuk empat buah bukit batu Kapur masif berasingan yang terbentuk dengan baik dengan ketinggian 60-150 meter dan tersusun secara selari menghala ke timur laut. Ahli Batu Kapur Sipit berwama kelabu cerah hingga kuning gelap dan kebanyakannya adalah padat. Ahli Batu Kapur Sipit kawasan kajian dianggarkan berketebalan 120 meter. lanya boleh dibahagikan kepada empat fasies iaitu Fasies Batu Wak (Biomikrit), Fasies Batu Padat (Biomiksparit), Fasies Batu Butir (Biosparit) dan Fasies Batu Ikat (Terumbu). Fasies Batu Wak merupakan batuan yang disokong lumpur tetapi butirannya lebih banyak berbanding batu lumpur, iaitu melebihi 10% butiran disokong oleh lumpur dan ianya diendapkan di sekitaran lagun. Fasies Batu Padat merupakan batuan karbonat bersaiz pasir yang disokong butiran, tetapi komponen lumpumya masih agak banyak iaitu melebihi 5% dan ianya diendapkan di bahagian hadapan terumbu. Fasies Batu Butir ialah pasir sokongan butiran tanpa matriks mikrit di mana kandungan lumpumya adalah kurang daripada 5% dan ianya diendapkan di bahagian belakang terumbu. Fasies Batu Ikat adalah kelompok batu kapur tersendiri yang merupakan tinggalan organisma pembentuk terumbu terekat antara satu sama lain secara setempat dan ianya diendapkan di bahagian puncak terumbu. Sekitaran pengendapan Ahli Batu Kapur Sipit ditafsirkan sebagai kawasan terumbu. Ahli Batu Kapur Sipit adalah berusia Awal Miosen Tengah hingga Akhir Miosen Tengah hasil daripada jumpaan fosil penunjuk foraminifera genus Orbulina universa dan Globorotalia fohsi. Komposisi CaO yang tinggi iaitu 54.45% dan MgO 0.42% menunjukkan Ahli Batu Kapur Sipit adalah batu Kapur yang berketulenan tinggi dan bukannya dolomit. Purata dalam peratus komposisi lain yang membentuk Ahli Batu Kapur Sipit ialah SiO2 sebanyak 0.63%, TiO2 0.04%, AI₂O ₃0.34%, Fe₂O₃ 0.20%, MnO 0.02%, Na₂O 0.09%, K20 0.06%, P₂O₅ 0.02 dan L.O.I. sebanyak 43.33%. Batu Kapur Sipit berpotensi untuk dijadikan agregat, batu dimensi, simen, kegunaan sebagai agregat minor, bahan binaan dan sebagai penapis dalam pembuatan gula. Isipadu Ahli Batu Kapur Sipit dianggarkan sebanyak 149 juta tan.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:geomorphology, microfossils, limestone, volcanic rock, sedimentary rock, economy
Subjects:Q Science > QE Geology
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:10289
Deposited By:IR Admin
Deposited On:13 Jan 2015 11:33
Last Modified:13 Jan 2015 11:33

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository