Amalan pengurusan kewangan sekolah oleh pengetua-pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Tamparuli, Sabah

Jamri Ronggitom, (2006) Amalan pengurusan kewangan sekolah oleh pengetua-pengetua di sekolah-sekolah menengah daerah Tamparuli, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan pengetua-pengetua di sekolah-sekolah menengah Daerah Tamparuli sama ada pengetua-pengetua dapat memahami dan melaksanakan pengurusan kewangan sekolah selaras dengan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kajian ini juga memberi tumpuan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan kewangan sekolah sebelum dan selepas dilantik sebagai pengetua, sumber kewangan sekolah, masalah-masalah yang dihadapi dan usaha-usaha penambahbaikan pengurusan kewangan sekolah. Responden yang terlibat adalah pengetua-pengetua sekolah menengah di daerah Tamparuli, Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif. Pengumpulan data dibuat dengan menggunakan instrumen temu bual, kajian dokumen, dan juga soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa pengetua-pengetua di sekolah kajian memahami dan mengurus kewangan sekolah berdasarkan peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam hampir kesemua aspek yang dikaji. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sekolah-sekolah kajian memperolehi sumber kewangan dari dua punca iaitu peruntukan dari Kementerian Pelajaran dan dari pungutan yang dibuat oleh sekolah sendiri termasuk derma dari para dermawan. Dapatan kajian mengenai masalah-masalah dalam pengurusan kewangan pula termasuklah kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam mengurus kewangan sekolah, kekurangan kerani kewangan yang mahir, peruntukan yang tidak cukup dan masalah memungut yuran daripada pelajar. Hasil kajian juga mendapati bahawa usaha-usaha pengetua dalam menambahbaik pengurusan kewangan sekolah termasuklah berusaha meningkatkan pengetahuan, memberi kursus dalaman kepada kerani kewangan yang baru dilantik dan pengagihan tugas yang sempurna.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:finance management, secondary school, qualitative method, principal
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:10295
Deposited By:IR Admin
Deposited On:06 Jan 2015 11:03
Last Modified:06 Jan 2015 11:03

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository