Kad bunyi komputer biasa sebagai kad pengambilan data

Chan, Sauh Teng (2005) Kad bunyi komputer biasa sebagai kad pengambilan data. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002456.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada kad bunyi komputer biasa berkemampuan untuk dijadikan sebagai kad pengambilan data dalam pengambilan data bunyi. Kejituan data bunyi yang diambil melalui kad bunyi komputer biasa turut dikenalpasti dengan menbandingkan keputusan frekuensi dan paras tekanan bunyi bagi data bunyi yang diperolehi daripada kad bunyi komputer biasa dengan keputusan kad Jazz. Keputusan frekuensi dan paras tekanan bunyi yang diperolehi daripada kad Jazz dijadikan sebagai standard dalam kajian perbandingan keputusan ini. Kajian ini juga mengenalpasti kesan kadar persampelan dan bilangan bit terhadap kemampuan kad bunyi komputer biasa dalam proses pengambilan data bunyi. Kadar persampelan pada 8 kHz. 16 kHz, 24 kHz. 48 kHz dan bilangan bit pada 8 bit dan 16 bit bagi kad bunyi komputer biasa dikaji. Kajian akhir adalah menggunakan kad bunyi komputer biasa dalam mengkaji kesan teknologi mampatan fail audio terhadap frekuensi bunyi bagi data audio tersebut. Sampel bunyi daIam format MP3, WMA dan OGG dipilih sebagai sampel kajian. Hasil daripada kajian yang dijalankan, dikenalpasti bahawa kad bunyi komputer biasa mampu dijadikan sebagai kad pengambilan data yang baik dan tepat dalam pengambilan data bunyi. Hasil kajian juga membuktikan bahawa kadar persampelan bagi kad bunyi mempengaruhi kemampuannya dalam pengambilan data bunyi, manakala bilangan bit pada 8 bit dan 16 bit tidak mempengaruhi pengambilan data bunyi bagi frekuensi bunyi dalam lingkungan 500 Hz hingga 2000 Hz. Selain itu, hasil kajian membuktikan kad bunyi boleh dijadikan sebagai kad pengambilan data dalam mengenalpasti bahawa teknologi mampatan fail audio tidak menjejaskan tahap frekuensi data audio tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: sound card, data acquisition, frequency, pressure level, Jazz card, compression technology
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 14 Jan 2015 03:37
Last Modified: 24 Oct 2017 03:17
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10338

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository