Kajian terhadap tabiat dan amalan pemakanan dikalangan pelajar UMSKAL

Farina Mustapa, (2005) Kajian terhadap tabiat dan amalan pemakanan dikalangan pelajar UMSKAL. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002472.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dibuat adalah untuk mengenalpasti tabiat pemakanan dan mengkaji kesedaran terhadap amalan pemakanan sihat di kalangan pelajar UMSKAL. Sejumlah 200 orang pelajar (100 lelaki dan 100 perempuan) dipilih secara rambang sebagai sampel kajian berdasarkan borang soal selidik pada 15 September hingga 24 September 2004 di UMSKAL. Pengukuran berat dan tinggi juga dilakukan bagi penentuan klasifikasi Indeks Jisim Tubuh (IJT). Kaedah ANOVA satu hala digunakan untuk melihat sarna ada terdapat perbezaan min di antara dua pemboleh ubah yang diuji. Ujian korelasi pula digunakan untuk melihat kekuatan hubungan yang wujud antara dua pemboleh ubah. Hasil ANOVA satu hala mendapati tidak terdapat faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan. Melalui analisis korelasi pula, didapati terdapat hubungan yang wujud antara Indeks Jisim Tubuh (UT) terhadap pengambilan makanan yang mudah diperolehi dan digemari oleh kebanyakan pelajar seperti coklat, biskut krim kraker, roti, yogurt, susu penuh krim. kek. bubur kacang. biskut dan roti telur. Kesimpulannya, mungkin kekurangan data memberi kesan pada hasil kajian yang telah dijalankan iaitu faktor risiko terhadap tabiat dan amalan pemakanan pelajar-pelajar UMSKAL tidak dapat dikenalpasti. Selain itu, kajian ini juga mendapati tahap pengetahuan pelajar mengenai pemakanan yang sihat masih rendah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: nutritional behavior, awareness, level of knowledge, eating behavior
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Jan 2015 06:21
Last Modified: 24 Oct 2017 03:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10365

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository