Respon kacang tanah (Arachis hypogaea L.) terhadap inokulasi Rhizobium dan mikoriza

Rosnaini Abdul Rahim, (2004) Respon kacang tanah (Arachis hypogaea L.) terhadap inokulasi Rhizobium dan mikoriza. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002513.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Satu penyelidikan telah di jalankan di Universiti Malaysia Sabah untuk. mengkaji respon tumbesaran kacang tanah (Arachis hypogea L. Var. Tenom ) terhadap inokulasi Rhizobium pada kadar yang berbeza dan mikoriza, serta mengkaji kesan interaksi keduanya, ke atas nodulasi dan hasil biji kacang tanah. Lapan jenis rawatan digunakan dalam eksperimen ini termasuk satu kawalan tanpa inokulasi Rhizobium dan mikoriza. Setiap rawatan direplikasikan sebanyak enam kali dan disusun dalam Rekabentuk. Rawak Lengkap. Tiga kadar Rhizobium telah digunakan dalam kajian ini iaitu pada satu, dua dan tiga kali ganda kadar Rhizobium per polibeg (kadar biasa : 50g Rhizobium (1 pek) untuk diinokulasikan dengan 10kg biji benih kacang tanah) dan 40g mikoriza per polibeg. Persampelan pokok dibuat dua kali iaitu pertama pada peringkat awal pembungaan (35 hari selepas tanam) dan apabila lenggai matang (90 hari selepas tanam). Keputusan kajian menunjukkan, pada peringkat penuaian kedua, biji benih kacang tanah yang diinokulasi dengan Rhizobium pada satu kali ganda + 40g mikoriza menghasilkan min pengeluaran bintil (93±32.85 mg/pokok), tumbesaran daun (l9.33±3.77 g/pokok) dan basil biji (19.30±5.78 g/pokok) yang paling tinggi berbanding dengan rawatan-rawatan lain yang telah dikaji. Tanpa inokulasi Rhizobium dan mikoriza, didapati tumbesaran daun (14.47±6.22 g/pokok), batang (18.72±7.01 g/pokok), akar (2.06±0.35 glpokok), nodul (43±35.04 mg/pokok) dan hasil biji (8.96±O.74 g/pokok) merosot pada kedua-dua peringkat penuaian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: groundnut, inoculation, interaction effects, seed yield, treatment, Completely Randomized Design (CRD), Rhizobium
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 09 Feb 2015 03:34
Last Modified: 24 Oct 2017 06:17
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10485

Actions (login required)

View Item View Item