Aplikasi GIS dalam menentukan potensi hakisan di lembangan Sungai Tuaran,Sabah

Abdul Hair Beddu Asis, (2009) Aplikasi GIS dalam menentukan potensi hakisan di lembangan Sungai Tuaran,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002573.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan aplikasi Sistem Maklumat Geografi(GIS) untuk membuat analisis terhadap kawasan potensi hakisan di sekitar Lembangan Sungai Tuaran, Sabah, Malaysia berdasarkan Model USLE (Universal Loss Soil Equation). Terdapat 6 peta topografi asas untuk tahun 1989 hingga tahun 1999 digunakan. Peta topogarafi asas yang digunakan mewakili Peta Tuaran, Ulu Tuaran, Telipak, Kota Kinabalu, Kinabalu, Tamparuli dan Ranau. Terdapat 5 parameter utama yang digunakan dalam mengenalpasti potensi hakisan iaitu faktor kecuraman cerun (LS), indeks taburan hujan (R), faktor amalan kawalan hakisan (P), faktor penanaman dan pengurusan (C) dan keboleh hakisan tanih (K). Objektif kajian adalah untuk Mengenalpasti potensi hakisan berdasarkan Model USLE, menganalisis perkaitan antara faktor hakisan dengan kawasan patensi hakisan dan menghasilkan Peta potensi Hakisan berdasarkan Model USLE. Hasil kajian dibahagikan kepada 5 kelas patensi risiko hakisan laitu potensi hakisan rendah, potensl hakisan sederhana, potensi hakisan sederhana tinggi, patensi hakisan tinggi dan patensi hakisan sangat tinggi. jumlah keseluruhan kehilangan tanih pada kawasan kajian adalah sebanyak 37740264 tan/ hektar dengan keluasan sebanyak 90660 hektar. Jumlah kehilangan tanih pada tahap rendah adalah sebanyak 1373170 ton/ha dengan keluasan 13732 hektar, mana kala jumlah kehilangan tanih pada kelas sederhana adalah sebanyak 931646 ton/ha pada keluasan 4658 hektar, jumlah kehilangan tanih pada tahap sederhana tinggi adalah sebanyak 982776 ton/ha dengan keluasan 3276 hektar, jumlah kehilangan tanih pada tahap tinggi adalah sebanyak 178072 tan/ha dengan keluasan 445 hektar dan jumlah bahan hakisan tanih pada tahap sangat tinggi adalah sebanyak 34274600 tan/ha dengan keluasan 68549 hektar. HasH kajian in; boleh menjadi rujukan pihak perancangan pembangunan agar pembangunan fizikal selaras dengan pembangunan alam sekitar seterusnya mewujudkan satu pola pembangunan yang lebih mapan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Geographical Information System (GIS), Soil erodibility , land used , Tuaran River
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Mar 2015 07:58
Last Modified: 25 Oct 2017 06:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10692

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository