Penyertaan dan kepimpinan wanita dalam Kesatuan Sekerja: Kajian kes Sabah Banking Employees Union

Caroline Francis, (2009) Penyertaan dan kepimpinan wanita dalam Kesatuan Sekerja: Kajian kes Sabah Banking Employees Union. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002575.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah meninjau taburan penglibatan wanita dalam kesatuan SBEU dan faktor-faktor penyertaan wanita dalam pentadbiran SBEU serta mengenalpasti sumbangan kepimpinan wanita dalam Kesatuan SBEU. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian kes. Hasil kajian mendapati bahawa penglibatan wanita tidak hanya menunjukkan bilangan yang tinggi sebagai ahli kesatuan tetapi juga dalam pentadbiran kesatuan. Perwakilan wanita merangkumi 80% daripada jawatan pentadbiran keseluruhan. Penglibatan wanita dalam pentadbiran dengan kadar yang tinggi ini dikaitkan dengan penglibatan wanita dalam industri perbankan yang tinggi. Faktor-faktor lain yang dikaitkan adalah mengenai latar belakang sosial pemimpin kesatuan, peningkatan pengetahuan dan kemahiran melalui kursus latihan dalam kesatuan dan juga faktor kepimpinan yang mengekalkan mereka sebagai pemimpin serta berupaya menarik pemimpin wanita yang berpotensi. Sumbangan utama kepimpinan wanita terhadap kesatuan adalah proses transformasi kesatuan dan juga sumbangan terhadap matlamat kesatuan. Kepimpinan wanita bukanlah hanya saluran kepada isu-isu wanita tetapi isu-isu setiap pekerja dalam kesatuan secara keseluruhannya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Sabah Banking Employees Union (SBEU), banking workforce , Women leadership ,
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD58.7-58.95 Organizational behavior, change and effectiveness. Corporate culture
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 10 Apr 2015 07:49
Last Modified: 25 Oct 2017 06:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10694

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository