Makanan sekolah: Persepsi dan pilihan di kalangan murid sekolah rendah di beberapa sekolah dalam kawasan Kota Kinabalu, Sabah

Chau, Yue Yenn (2009) Makanan sekolah: Persepsi dan pilihan di kalangan murid sekolah rendah di beberapa sekolah dalam kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002577.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji perbezaan pilihan makanan sekolah di kalangan murid Tahun Dua dan Tahun Lima berpandukan aras 1, 3 dan 4 dalam piramid makanan, menentukan faktor yang mempengaruhi persepsi dalam pilihan makanan mereka dan hubung kait di antara persepsi dengan pilihan makanan sekolah. Kaedah borang soal selidik dan gambar makanan telah dijalankan di atas 190 murid Tahun Dua dan Tahun Lima masing-masing (n=380) melalui cara persampelan rawak bertapis dan berkelompok. Kesemua soal selidik dijawab dan dilaksanakan di dalam lima buah sekolah di kawasan Kota Kinabalu, Sabah. Ujian Mann-Whitney menunjukkan bahawa pilihan makanan berpandukan Aras 1 (nasi goreng), Aras 3 (tofu, telur, bebola ikan, sosej) dan Aras 4 (biskut, kuih, gula-gula dan air sirap) yang berdasarkan pyramid makanan terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan murid Tahun Dua dan Tahun Lima (p < 0.05). Kemudiannya, hasil analisis menunjukkan faktor-faktor dan segi rasa, tekstur, bau, warna, fisiologi, pengetahuan asas, neophobia, sosioekonomi dan pengaruh kawan mempengaruhi persepsi makanan sekolah berdasarkan kepada ujian khi kuasa dua yang menunjukkan adanya hubungan signifikan bererti (p < 0.05). Secara umumnya, pilihan utama makanan sekolah di kalangan murid sekolah rendah adalah sebanyak 49% (n=185) murid bagi minuman bertin, 47% (n=178) bagi buah-buahan, 40% (n=153) bagi burger ayam dan 45% (n=171) bagi nasi ayam. Selain daripada itu, analisis khi kuasa dua yang digunakan sekali lagi menunjukkan persepsi yang berdasarkan faktor-faktor yang dikaji, kecuali pengaruh kawan (p > 0.05) mempunyai hubungkait dengan pilihan makanan sekolah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Food Guide Pyramid ,school meals , nutrition basic knowledge, neophobia
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 30 Mar 2015 07:56
Last Modified: 25 Oct 2017 06:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/10696

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository