Beban tugas dan hubungan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru di sekolah menengah

Ruhana @ Venel Natasha Nasir, (2013) Beban tugas dan hubungan terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru di sekolah menengah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
10Mb

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis beban tugas dalam kalangan guru sekolah menengah di Daerah Beluran. Selain itu juga mengenal pasti samada guru di sekolah menengah di mengalami beban tugas berdasarkan jantina dan tempoh mengajar. Seterusnya mengenal pasti hubungan beban tugas dan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah menengah di Daerah Beluran. Seramai 143 orang guru dari 5 buah sekolah telah dipilh secara rawak bagi mewakili populasi. Data yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan pakej SPSS versi 17.0. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistic deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi (Ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson). Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap beban tugas guru di sekolah menengah berdasarkan jantina dan tempoh mengajar. Tidak terdapat perbezaan juga bagi kepuasan kerja guru berdasarkan jantina dan tempoh mengajar. Walau bagaimanapun, terdapat hubungan beban tugas guru dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah Daerah Beluran.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Workload, length of service
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:10726
Deposited By:IR Admin
Deposited On:26 Mar 2015 15:06
Last Modified:26 Mar 2015 15:06

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository