Pengaruh pembangunan staf terhadap pemantapan profesionalisme keguruan guru Negeri Sabah

Roslee Talip, (2012) Pengaruh pembangunan staf terhadap pemantapan profesionalisme keguruan guru Negeri Sabah. PhD thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
28Mb

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh pembangunan staf yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah dengan pemantapan profesionalisme keguruan dalam sistem pendidikan khususnya terhadap elemen-elemen yang berkaitan profesionalisme guru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran, efikasi pengajaran guru, sokongan profesionalisme keguruan dan persepsi terhadap etika profesionalisme keguruan. Kajian tinjauan ini melibatkan sam pel seramai 478 orang guru sekolah menengah negeri Sabah. Pemboleh ubah kajian telah diuji menggunakan statistik diskriptif dan inferensi yang melibatkan ANOVA, korelasi Pearson, regresi linear serta regresi berganda. Kajian ini mendapati bahawa etika profesionalisme keguruan dan profesionalisme keguruan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan terhadap efikasi pengajaran guru. Sokongan profesionalisme keguruan pula telah menyumbang sebanyak 24.9% terhadap usaha-usaha pemantapan profesionalisme keguruan. Hasil kajian juga mendapati bahawa pembangunan staf menyumbang sebanyak 18.1% terhadap pemantapan profesionalisme keguruan di sekolah menengah. Analisis lanjut mendapati bahawa komponen profesionalisme keguruan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran merupakan penyumbang terbesar (10%), diikuti etika profesionalisme keguruan (8.1%). Dua daripada tiga kategori pemantapan profesionalisme keguruan tersebut juga menjadi penyumbang kepada efikasi pengajaran guru di sekolah (24.9%) dengan kategori penambahbaikan menjadi penyumbang terbesar (18.3%). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa empat kategori pemantapan profesionalisme keguruan iaitu latihan, pelaksanaan, kesediaan dan penambahbaikan menjadi penyumbang sebanyak 27.8% kepada peningkatan profesionalisme guru dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan kategori latihan menjadi penyumbang utamanya (16.9%). Umumnya, program pembangunan staf perlu mengalami proses penambahbaikan yang berterusan supaya pendekatan yang digunakan lebih sistematik serta berfokus. Sehubungan dengan itu, penglibatan guru-guru juga mesti bersifat menyeluruh tanpa mengira lokasi dan gred perjawatan yang sedia ada. Penstrukturan semula program-program pembangunan profesionalisme di peringkat sekolah juga perlu memberikan tumpuan kepada hubungan antara perkembangan holistik sekolah (school-wide development) dengan pembangunan kapasiti sekolah dan perkembangan di bilik darjah. Dapatan kajian yang diperolehi berhubung tahap efikasi pengajaran guru juga membolehkan kalangan penggubal dasar, pengendali program pendidikan guru, pentadbir sekolah dan guru-guru berpengalaman bersedia mempelajari serta memahami pola perbezaan efikasi dalam kalangan guru sekolah menengah. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian ini mencadangkan pihak-pihak yang berkenaan dapat mempertimbangkan peluang yang lebih luas kepada guru-guru yang baru berkhidmat untuk mengalami persekitaran pengajaran yang dapat membantu mereka membina kepercayaan kendiri.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:influence, staff development, teaching professionalism, education system
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:10955
Deposited By:IR Admin
Deposited On:18 Jun 2015 14:29
Last Modified:18 Jun 2015 14:29

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository