Pembangunan produk pes cili daun kari murraya koengii (L.)

Chandrika M. Balachandrun, (2005) Pembangunan produk pes cili daun kari murraya koengii (L.). Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ae0000002597.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menentukan formulasi terbaik dan menilai tahap penerimaan sensori melalui ujian sensori, mengkaji analisis proksimat, kesan simpanan terhadap mutu produk akhir dan penerimaan produk di kalangan masyarakat. Pemilihan formulasi terbaik adalah melalui pengubahsuaian parameter bahan mentah cili kering dan daun kari. Pengubahsuaian melibatkan 16%, 18%, 20% dan 22% cili kering serta 7%, 8% dan 9% daun kari. Pemilihan formulasi terbaik dipiih melalui ujian sensori. Analisis proksimat kandungan air, abu, protein, lemak, serabut kasar, karbohidrat dan β-karoten dilakukan. Produk dalam pembungkusan botol kaca disimpan selama 9 minggu pada suhu berbeza iaitu suhu bilik (27:t3'C) dan suhu sejuk (4±0.2ºC). Mutu simpanan akhir dikaji berdasarkan analisa fizikokimia, ujian mikrobiologi dan ujian sensori selepas tempoh penyimpanan. Analisa fizikokimia meliputi ujian pH, jumlah pepejal terlarut, kelembapan dan jumlah asid lemak bebas. Ujian pengguna dijalankan untuk menilai penerimaan masyarakat terhadap produk. Formulasi 20% cili kering dan 8% daun kering dipilih sebagai formulasi terbaik dan telah dijalankan analisis proksimat. Pes cili ini mengandungi 29.61±0.95% kelembapan, 5.93±0.11 % abu, 5.24±0.02% protein, 36.30:t0.11 % lemak. 9.41±0.09% serabut kasar, 9.41±0.09% karbohidrat serta 750±0.47µg β-karotena. Ujian fizikokimia menunjukkan produk mempunyai pH 4.47, 69.5- 69.8ºbriks, 0.500±0.10 asid lemak bebas dan 29.9%0.3% kelembapan. Ujian mikrobiar menunjukkan pes cili ini bebas dan aktiviti mikrob selama 9 minggu penyimpanan. Produk diterima baik dengan 74% pengguna akan memberi produk. Tidak terdapat perbezaan signifikan (p>0.05) antara produk pes ciri yang disimpan selama 9 minggu dengan pes cili segar.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: formulation, sensory acceptance, consumer acceptance, dry chilli, curry leaves
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 24 Jun 2015 04:13
Last Modified: 25 Oct 2017 06:52
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11278

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository