Pengestrakan ikan air tawar di Sabah

Norhayati Majadi, (2005) Pengestrakan ikan air tawar di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000244.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Terdapat dua kaedah yang digunakan untuk memencilkan DNA daripada 12 sampel ikan air tawar di Sabah iaitu kaedah lisis secara fizikal dan kaedah Iisis secara enzim. Penentuan kualiti dan kuantiti DNA yang telah diekstrak diuji menggunakan alat elektroforesis gel agaros dan UV spektrofotometer. Bagi alat elektroforesis gel agaros, dari segi kualitinya didapati 8 sam pel ikan dapat menunjukkan jalur DNA sementara 4 sampel lagi tidak menunjukkan jalumya dengan menggunakan kaedah !isis secara fizikal. Manakala bagi kaedah lisis secara enzim, 8 sampel dapat menunjukkan jalur DNA sementara 4 sam pel lagi tidak menunjukkan jalur DNA. Dari segi kuantiti, didapati purata kepekatan DNA bagi kaedah lisis secara enzim adalah lebih tinggi berbanding purata kepekatan DNA bagi kaedah !isis secara fizikal iaitu O.0271-lg/1-l1 dibandingkan dengan O.0251-lg/lll. Manakala bagi UV spektrofotometer, dan segi kualitinya didapati tidak ada sampeJ yang menunjukkan nilai DNA yang tulen. Manakala 6 sampel mempunyai kontaminasi RNA yang tinggi iaitu lebih dari 1.85 dan 2 sam pel mempunyai kontaminasi protein yang tinggi iaitu di bawah 1. 75 bagi kaedah lisis secara fizika1. Bagi kaedah !isis secara enzim, hanya 2 sampel yang menunjukkan nilai DNA yang tulen iaitu 1.83. Manakala 6 sampel menunjukkan kontaminasi RNA yang tinggi. Dari segi kuantitinya, purata kepekatan DNA bagi kaedah lisis secara enzim adalah lebih tinggi berbanding kaedah lisis secara fizikal iaitu 14.571-lg/1-l1 dibandingkan dengan 8.191-lg/1l1. Oleh itu didapati kaedah lisis secara enzim merupakan kaedah yang lebih baik untuk mendapatkan kepekatan DNA yang lebih baik dari segi kualiti dan kuantitinya berbanding kaedah lisis secara fizikal.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: DNA, Protein precipitation, Protein digestion, Freshwater fish
Subjects: ?? QL614-639.8 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 08 Nov 2011 08:11
Last Modified: 12 Oct 2017 07:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1133

Actions (login required)

View Item View Item