Pengaruh ilmu pedagogi, pengetahuan, kandungan dan latihan mengajar terhadap penilaian program perguruan

Zelzy Shahar Al-Johary, (2012) Pengaruh ilmu pedagogi, pengetahuan, kandungan dan latihan mengajar terhadap penilaian program perguruan. PhD thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
19Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai program perguruan di Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (IPSHB), Universiti Brunei Darussalam (UBD) dari aspek i1mu pedagogi, kandungan, pengetahuan dan latihan mengajar dengan mengkaji perbezaan, hubungan dan pengaruh variabel tersebut terhadap penilaian program perguruan di IPSHB, UBD. Model Stufflebeam, CIPP (1966) digunakan sebagai platform utama di dalam kajian ini. Kaedah kajian tinjauan ini melibatkan sampel guru berijazah (300 orang guru) lepasan IPSHB, UBD. Sampel dipilih menerusi pensampelan rawak mudah, strata dan berkelompok. Kaedah yang digunakan ialah kuantitatif bukan eksperimen yang memberi tumpuan kepada soal selidik yang dibahagikan kepada enam bahagian iaitu ciri demografi, ilmu pedagogi, pengetahuan, kandungan, latihan mengajar dan penilaian program perguruan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for windows Versi 15.0. Analisis univariat (ANOVA) dan pelbagai variat (korelasi Pearson dan analisis regresi berganda) digunakan bagi menguji hipotesis kajian pada aras signifikan p<.05. Keputusan ujian menunjukkan terdapatnya perbezaan skor min yang signifikan dalam pengaruh ilmu pedagogi, pengetahuan, kandungan dan latihan mengajar terhadap penilaian program perguruan berdasarkan ciri demografi yang telah diberi tumpuan. Dapatan keputusan kajian ujian korelasi Pearson (r) menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara variabel-variabel yang terlibat. Tiga set ujian regresi berganda menunjukkan terdapat pengaruh variabel-variabel bebas terhadap variabel bersandar yang difokuskan. Terdapat pengaruh pengetahuan sebanyak 5.8%, kandungan sebanyak 1.9% dan ilmu pedagogi sebanyak 1.2% terhadap penilaian program perguruan guru berijazah lepasan IPSHB, UBD. Semua hasil ujian regresi berganda menjelaskan pengaruh ilmu pedagogi, pengetahuan dan kandungan menyumbangkan secara signifikan yang berwibawa terhadap latihan mengajar. Keputusan ujian ini menunjukkan usaha-usaha penambahbaikan perlu dilakukan dengan segera bagi mengenal pasti kelemahan yang terdapat pada program latihan mengajar. Bagi merealisasikan jangkauan, pelbagai perbezaan ciri demografi sampel kajian tidak harus dipinggirkan di samplng turut melihat kepentingan iimu pedagogi, pengetahuan dan kandungan sebagai faktor-faktor yang mampu menyumbangkan pengaruh ke arah penilaian program perguruan di IPSHB, UBD. Secara khusus, dapatan kajian ini turut menyokong kerangka konseptual kajian yang digunakan dalam kajian ini.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:teaching program, pedagogy, content knowledge, teaching practice, Model Daniel L. Stufflebeam
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education
Divisions:SCHOOL > School of Education and Social Development
ID Code:11591
Deposited By:IR Admin
Deposited On:01 Sep 2015 15:32
Last Modified:01 Sep 2015 15:32

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository