Ikon dalam objek budaya masyarakat Iranun di Sabah

Humin Jusilin, (2013) Ikon dalam objek budaya masyarakat Iranun di Sabah. ["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined] thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
ph000000062.pdf

Download (19MB) | Preview

Abstract

Tesis ini mengupas secara visual tentang ikon dan motif dalam objek budaya masyarakat Iranun di Sabah. Lokasi penyelidikan bersifat kajian lapangan merentasi perkampungan Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Marabau, Payas-Payas, Kota Bongan dan Rampayan di Kota Belud Sabah. Kajian ini menghuraikan konsep ikon visual yang berasaskan reka bentuk dan ragam hias dalam pembentukan objek budaya tradisi perkahwinan Iranun. Antaranya, berfokuskan sinisip (pakaian), tinubau (tanjak), lemba (pelamin), usunan (usungan), ubur-ubur (payung), ulap-ulap (kain berhias) dan pasandalan (bendera). Data-data penyelidikan tentang ikon dan motif objek budaya diperolehi di lokasi kajian melalui pemerhatian, temu bual dan rakaman audiovisual. Maklumat tentang ikon dalam objek budaya juga didapati daripada kajian-kajian dan penulisan terdahulu. Analisis yang bersifat deskriptif diaplikasikan untuk membuat interpretasi ikon dalam objek budaya. Kupasan tentang rupa bentuk, komposisi serta ragam hias objek budaya dikaitkan dengan tema dan motif yang diilhamkan daripada alam kosmos, objek persekitaran dan alam semula jadi. Kajian mendapati motif-motif ikon dalam objek budaya bercirikan nHai estetika, nilai intelek, status sosial, lambang perlindungan, tanda perayaan dan kemeriahan. Penyelidikan ini merumuskan bahawa ikon dalam objek budaya Iranun adalah representasi daripada flora, fauna dan objek yang dikaitkan dengan keperluan fizikal dan rohani melalui upacara ad at dan kehidupan harian. Konsep keperluan berkomunikasi, kepahlawanan dan unsur-unsur hiburan juga diterapkan sebagai ikon dalam objek budaya. Representasl imej melalui ikon dan ragam hias Iranun adalah ekspreasi kreatif yang terhasH daripada persepsi mereka terhadap alam sekeliling dan kosmologi mereka. Kajian ini penting sebagai sebuah dokumen seniivisual untuk memartabatkan falsafah dan minda Iranun sebagai satu wadah ilmu dan pengetahuan agar diangkat menjadi satu khazanah warisan.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_phd" not defined])
Uncontrolled Keywords: Iranun community, icons, motifs, formation
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: SCHOOL > School of Arts Studies
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Sep 2015 09:06
Last Modified: 07 Nov 2017 07:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11596

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository