Pengaruh pendedahan pendidikan keusahawanan, sikap keusahawanan dan personaliti terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar Pra-U di Sabah

Saidi Che Ik, (2013) Pengaruh pendedahan pendidikan keusahawanan, sikap keusahawanan dan personaliti terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar Pra-U di Sabah. PhD thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
21Mb

Abstract

Statistik Tahunan SME telah membuktikan bidang keusahawanan mampu menjana pendapatan dan meningkatkan peluang pekerjaan sekali gus mengurang kadar kemiskinan. Kestabilan ekonomi negara akan terus mengorak sekiranya penglibatan masyarakat terutamanya pelajar lepasan sekolah dalam bidang keusahawanan dapat ditingkatkan. Kajian awal mendapati kecenderungan merupakan faktor utama yang mendorong penglibatan individu dalam bidang keusahawanan. Pelajar sekolah terutamanya di peringkat menengah telah didedahkan pendidikan keusahawanan supaya pelajar mempunyai sikap yang positif dan cenderung untuk menceburi aktiviti keusahawanan selepas tamat persekolahan. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh dan peranan mediator pendedahan pendldikan keusahawanan, sikap keusahawanan dan personaliti terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar Pra-U di Sabah. Data dipungut secara rawak daripada 1,475 orang pelajar Pra-U yang mendapat pendedahan pendidikan keusahawanan dan sebaliknya dari 44 buah sekolah menengah di seluruh Sabah. Kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif bukan eksperimen dengan kaedah tinjauan menerusi soal selidik. Penggunaan Teori Kelakuan Terancang dan Model Personaliti Lima Faktor didapati dapat mengenal pasti pengaruh sikap keusahawanan dan personaliti terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar sekolah. Oleh itu, gabungan kedua teori di atas merupakan model kerangka teoretikal kajian. Ujian kebolehpercayaan menerusi kajian rintis mendapati nilai alpa item instrumen kajian diantara 0.62 hingga 0.87. Hasil pengujian ke atas 33 hipotesis kajian menggunakan perisian Statistical Package for Sodal Science (5P55) dan SmartPLS menerusi ujian-t, analisis regresi, mediator Baron dan Kenny menunjukkan signifikan. Kajian membuktikan pelajar yang mendapat pendedahan pendidikan keusahawanan mempunyai sikap keusahawanan, tanggapan terhadap kawalan kelakuan dan personaliti ekstrovert adalah signlfikan serta menyokong kajian lepas. Sikap keusahawanan dan tanggapan terhadap kawalan kelakuan didapati berperanan sebagai mediator yang signifikan di antara pengaruh pendedahan pendidikan keusahawanan dan kecenderungan keusahawanan termasuk personaliti ekstrovert. Cadangan pelaksanaan pendekatan yang sistematik menerusi pendidikan keusahawanan yang komprehensif bagi memantapkan sikap keusahawanan dan pembentukan personaliti usahawan perlu diambil kira dalam usaha menyemai kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar. Justeru itu, faktor sikap keusahawanan dan personaliti perlu dibentuk menerusi pendidikan keusahawanan dalam menyemai kecenderungan dalam kalangan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. 5elain itu, model kerangka teoretikal kajian pengaruh pendedahan pendidikan keusahawanan, sikap keusahawanan dan personaliti terhadap kecenderungan keusahawanan pelajar Pra-U di Sabah merupakan sumbangan yang boleh dimanfaatkan untuk kajian pada masa hadapan.

Item Type:Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords:entrepreneurship education, Pre-U, exposure, Theory of Planned Behavior, Personality Model, entrepreneurial attitude
Subjects:H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions:SCHOOL > School of Business and Economics
ID Code:11609
Deposited By:IR Admin
Deposited On:24 Aug 2015 17:35
Last Modified:24 Aug 2015 17:35

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository