Taburan semasa nitrat dan fosfat dalam Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Sucmalaa Sing Hooi, (2010) Taburan semasa nitrat dan fosfat dalam Sungai Likas, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002661.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dibuat adalah merupakan suatu penganalisisan tentang kualiti air terhadap Sungai Likas. Persampelan telah dibuat sebanyak dua kali iaitu pada 7 Januari 2010 semasa air surut dan pada 21 Januari 2010 semasa air pasang. Terdapat sepuluh lokasi persampelan yang telah diambil mengikut punca masingmasing. Sampel air yang telah diambil akan dibawa terus balik ke makmal untuk dianalisis. Analisis yang dilakukan adalah mengikut kaedah yang diperkenalkan oleh APHA (American Public Health Association). Terdapat dua nutrient yang utama telah dikaji iaitu fosfat dan nitrat. Di Sungai Likas, julat kepekatan fosfat ialah 0.3 - 1.64 mg/L dan nitrat ialah 1.3 - 5.9 mg/L. Ujian one sample t-test dibuat untuk menentukan perbezaan kepekatan nitrat dan fosfat di antara setiap stesen persampelan. Daripada ujian tersebut didapati bahawa perbezaan antara kepekatan nitrat dan fosfat dengan stesen persampelan adalah sangat signifikan iaitu, (P<0.01 p=0.000). Selain itu, ujian korelasi juga dibuat bagi membandingkan hubungan antara kepekatan nitrat dan fosfat dengan parameter-parameter in-situ. Didapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan semasa air pasang berbanding semasa air surut. Secara keseluruhannya didapati bahawa kepekatan nitrat dan fosfat adalah tinggi di hulu Sungai Likas berbanding di hilir Sungai Likas. Perbezaan kepekatan ini adalah kerana disebabkan oleh punca-punca di setiap lokasi persampelan adalah berbeza dan juga dipengaruhi oleh aliran air pasang dan aliran air surut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: nitrate, phosphate, nutrients concentration, Likas River
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Sep 2015 09:00
Last Modified: 27 Oct 2017 01:50
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11693

Actions (login required)

View Item View Item