Pemencilan dan pencirian bakteria daripada tanah pertanian di Kg Suminimpod dan Kg Keluan Ranau Sabah

Fong, Kok Wai (2010) Pemencilan dan pencirian bakteria daripada tanah pertanian di Kg Suminimpod dan Kg Keluan Ranau Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002696.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Penggunaan baja kimia dan pestisid yang berterusan akan membawa kesan kepada mikroorganisma tanah. Sebanyak dua buah kawasan pertanian di Ranau dipilih sebagai kawasan kajian iaitu Kg Suminimpod ialah sebuah kawasan pertanian yang tidak menggunakan baja kimia dan pestisid dalam penanaman dan Kg Keluan ialah sebuah kawasan pertanian yang menggunakan baja kimia dan pestisid dalam penanaman. Sebanyak 5 jenis sampel tanah pertanian diambil secara rawak di Kg Suminimpod dan sebanyak 5 jenis sampel tanah pertanian lagi diambil secara rawak di Kg Keluan. Semua analisis fizikokimia dan biologikal terhadap 10 jenis sampel tanah pertanian dilakukan di makmal kecuali suhu dan pH tanah pertanian disukat semasa di kawasan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa kelembapan tanah pertanian di Kg Suminimpod adalah sebanyak 23.99 % dan itu adalah 7.3 % lebih tinggi daripada kelembapan tanah pertanian di Kg Keluan iaitu sebanyak 16.69 %. Suhu tanah pertanian di kedua-dua kawasan kajian adalah hampir sama iaitu sebanyak 23.7 DC di Kg Suminimpod dan 23.6 DC di Kg Keluan dengan perbezaan nilai suhu bacaan hanya sebanyak 0.1 DC. pH tanah pertanian di Kg Suminimpod adalah bersifat sederhana asid pada pH 5.84 dan itu adalah sebanyak 0.46 lebih rendah daripada pH tanah pertanian di Kg Keluan yang bersifat sedikit asid pada pH 6.3. Populasi bakteria daripada tanah pertanian di Kg Suminimpod ialah sebanyak 5.38 X 10� CFU mL�¹dan Kg Keluan pula ialah sebanyak 4.72 X 10� CFU mL�¹. Populasi bakteria di kedua-dua kawasan kajian adalah hampir sama iaitu hanya berbeza sebanyak 0.66 X 10� CFU mL�¹di kedua-dua kawasan kajian. Analisis korelasi menunjukkan bahawa hanya pH tanah pertanian di Kg Suminimpod dapat mempengaruhi populasi bakteria daripada tanah pertanian. Hasil bagi pemencilan dan pencirian bakteria ialah sebanyak 5 jenis strain bakteria daripada tanah pertanian di kedua-dua kawasan kajian. Hasil bagi ujian API menunjukkan bahawa kod lama untuk 5 strain bakteria tersebut dapat ditukarkan kepada kod baru iaitu, strain NmSs-Cr1 ialah Kocuria varians atau Kocuria rosea, strain NmSs-W1 ialah Sphingomonas paucimobilis, strain NmSs-Cr2 ialah Micrococcus spp, strain NmSk-Cr1 ialah Chryseobacterium indologenes dan strain NmSk-W1 ialah Burkholderia cepacia.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: agriculture soil, crop production, pesticides, chemical fertilizers,
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 04 Sep 2015 08:54
Last Modified: 27 Oct 2017 02:21
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11734

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository