Penghasilan tempeh biji getah Hevea Brasiliensis

Ruhaidah Abd Raob, (2003) Penghasilan tempeh biji getah Hevea Brasiliensis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002709.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Di Lembah Amazon, penduduk aslinya memakan biji getah setelah direbus pertama kalinya bagi menghapuskan sianida seperti yang terdapat dalam ubi kayu. Kajian ini menerangkan kesesuaian biji getah diproses menjadi tempeh dan produk lain. Penghasilan tempeh daripada biji getah Hevea brasiliensis ini adalah bertujuan mendapatkan formulasi terbaik dan paling diterima oleh pengguna di samping mempelbagaikan lagi produk makanan yang berasaskan biomass. Tempeh biji getah ini dihasilkan dengan menggunakan kaedah pemprosesan tempeh kacang soya. Formulasi yang dapat diterima adalah dari sampel D iaitu formulasi yang menggunakan inokulum dan tepung beras sebagai bahan asas berdasarkan penilaian terhadap beberapa atribut seperti warna, tekstur, rasa dan kerangupan. Kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan lima jenis tepung yang berlainan dapat memberi kesan yang nyata terhadap tempeh biji getah. Antara tepung beras, gandum,jagung,ubi dan sagu didapati bahawa tepung beras,tepung ubi dan diikuti oleh tepung jagung sesuai digunakan dalam pemprosesan tempeh biji getah ini. Penilaian sensor; telah dijalankan untuk menentukan tahap kesukaan terhadap formulasi tempeh biji getah . Keputusan kajian menunjukkan dengan nisbah tepung kepada inokulum 2 : 1, tempeh tersebut memperolehi tahap penerimaan terbaik dalam kriteria warna,tekstur,rasa dan rasa keseluruhan.Tempeh biji getah terbaik dapat dibentuk dengan pencampuran 1.0% tepung beras dan 0.2% inokulum bagi setiap 1 kg isi biji getah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: tempeh, rubber seed, Hevea brasiliensis, local biomass product, traditional method
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Jan 2016 06:26
Last Modified: 27 Oct 2017 02:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/11758

Actions (login required)

View Item View Item