Imbangan hidrologi tasik bekas lombong berasid Mamut, Ranau, Sabah

Fera @ Nony Cleophas, (2012) Imbangan hidrologi tasik bekas lombong berasid Mamut, Ranau, Sabah. Masters thesis, University Malaysia Sabah.

[img]PDF
13Mb

Abstract

Kajian imbangan hidrologi tasik di Tasik Bekas Lombong Kuprum, Mamut, Ranau, Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan perincian pelbagai komponen imbangan air tasik bekas lombong secara relatif dan mengkaji hubungan antara kuantiti dan kualiti air dalam sistem keseimbangan air tasik. Stesen cerapan dibina untuk mengukur luahan air masuk ke dalam tasik bekas lombong pada lapan saluran air. Stesen cerapan bagi saluran air keluar terdiri daripada luahan daripada tasik bekas lombong dan tasik pengenapan sementara. Tolok hujan dan kancah sejatan dipasang berhampiran dengan kawasan tasik bekas 10m bong masing-masing untuk merekod jumlah hujan dan sejatan. Keputusan menunjukkan bahawa air larian permukaan menyumbangkan 33.25% daripada jumlah hujan. Saluran air keluar daripada tasik meluahkan 36.85% daripada jumlah air yang keluar daripada tasik. Purata kadar sejatan ialah 103.7 mm/y dan menyumbangkan 29.72% daripada jumlah air keluar melalui permukaan tasik. Perbezaan antara jumlah air masuk dan keluar daripada tasik secara bulanan menunjukkan bahawa jumlah air masuk adalah lebih tinggi daripada jumlah air keluar daripada tasik dengan nilai baki imbangan air 2153.86 mm/tahun (66.58%). Kajian ini mendapati bahawa terdapat potensi kebocoran air daripada tasik ke sistem air bawah tanah berdasarkan nilai baki imbangan air yang sangat tinggi. Selain itu, analisis kadar luahan saluran air keluar daripada tasik menunjukkan peningkatan nilai pH saliran lombong berasid yang selaras dengan peningkatan kadar aliran. Ini menjelaskan bahawa kualiti air dalam tasik bekas lombong juga dipengaruhi oleh kuantiti dan kadar luahan saliran lombong berasid yang diluahkan daripada saluran air keluar daripada tasik.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:Mamut Copper Mine, Ranau, Sabah, Temporary settling pond, water balance
Subjects:T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:11865
Deposited By:IR Admin
Deposited On:07 Oct 2015 12:28
Last Modified:07 Oct 2015 12:28

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository