Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terrain kawasan Kelawat-Nabalu, Sabah

Mohd Redzuwan Sudin, (2008) Geologi am dan pemetaan geologi kejuruteraan terrain kawasan Kelawat-Nabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002765.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di Tamparuli, iaitu kira-kira 30 km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Kawasan ini dibatasi oleh garis lintang 6° 02'U hingga 6' 08'U dan garis bujur 116' 22'T hingga 116° 28'T. Kawasan kajian terletak dalam Formasi Crocker yang terdiri daripada 3 unit litologi iaitu batu pasir tebal, selang lapis batu pasir dengan syal dan syal tebal. Tujuan pemetaan geologi kejuruteraan terrain ini adalah untuk memetakan dan memyediakan maklumat berkaitan geologi kawasan dan kestabilan kawasan kajian sebelum pembangunan dijalankan. Kawasan kajian mempunyai ketinggian sehingga lebih 1000 meter. Keseluruhan kawasan kajian bersudut cerun lebih daripada 60°. 46.12% daripada kawasan kajian merupakan kawasan yang berhakisan lembar dan 43.02% tidak berhakisan. Daripada analisis makmal mendapati, kadar kehilangan tanah di kawasan kajian adalah rendah. Kadar kehilangan tanah kawasan adalah sebanyak 83.3% (sangat rendah), 13.6% (rendah), dan 3.1% (sederhana). Bencana geologi di kawasan kajian adalah tanah runtuh yang biasanya berlaku akibat hujan yang lebat dan sudut cerun yang curam. Pemetaan kesesuaian kawasan pembangunan menunjukkan kesesuaian kelas satu (10.08%), kelas dua (12.40%), kelas tiga (20.54%), dan kelas empat (56.98%).

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Crocker formation, soil loss, geology, mapping
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 11 Feb 2016 02:38
Last Modified: 27 Oct 2017 09:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12902

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository