Geologi am dan geopelancongan kawasan selatan Kunak

Vivian Anak Dayong, (2010) Geologi am dan geopelancongan kawasan selatan Kunak. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002774.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian ini terletak pada garis bujur 118°03' T hingga 118° 16' T clan garislintang 04°38' U hingga 04°42' U. Was kawasan kajian ialah lebih kurang 110 kilometer persegi. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti kawasan yang berpotensi dimajukan sebagai kawasan geopelancongan di samping membaiki peta geologi serta mengenalpasti geologi am dan geomorfologi kawasan kajian. Unit batuan kawasan kajian terdiri daripada Formasi Cert-Spilit, Batuan Ultramafik dan Mafik, Formasi Kuamut, Basalt OI'nrin, Aluvium Pleistosen dan Aluvium Resen. Antara proses geornorfologi yang giat berlaku di kawasan ini adalah proses luluhawa dan susutan daratan seperti hakisan dan rayapan. Sepanjang kajian dijalankan terdapat empat geotapak yang telah dikenalpasti di kawasan kajian laitu Volkano Lumpur Binuang, Telaga Tujuh, Kolam Air Panas Sungang dan Pantai Buang Sayang. Volkano Lumpur Binuang adalah sejenis volkano lumpur sejuk. Volkano ini membentuk kon kecil dan masih lagi aktif mengeluarkan gelembung. Volkano ini mempunyai nilai saliniti yang tinggi dan kaya dengan kandungan unsur-unsur seperti Ca, Na, Mg clan K. Telaga Tujuh adalah gabungan diantara air terjun jenis lata dan tujuh lubang periuk. Telaga Tujuh ini terhasil akibat daripada batuan yang lebih keras menghakis permukaan dasar yang lebih lembut Proses ini dibantu oleh pembentukan kekar dan retakan pada batuan yang lebih lembut yang menyebabkannya lebih senang terhakis.Kolam Air Panas Sungang pula dibentuk oleh pergerakan sesar kuno. Suhu air kolamini adalah 60°C dan pH air adalah alkali. Pantai Buang Sayang adalah sejenis pantai berpasir yang berada di atas batuan lava bantal. Lava bantal yang terdapat dikawasan ini adalah lava bantal yang telah mengalami pembreksiaan. Kawasan pantai ini sesuai sebagai kawasan rekreasi kerana kawasannya tenang di samping pantainya yang cetek. Umurnya, Volkano Lumpur dan kolam air panas terhasil kesan daripada sejarah tektonik yang kompleks di kawasan ini. Manakala, proses geomorfologi yang aktif membantu membentuk Telaga Tujuh yang unik dan lanskap menarik Pantai Buang Sayang. Kesimpulannya, keempat-empat geotapak ini mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan sebagai kawasan geopelancongan utama bagi pekan Kunak.

Item Type: Academic Exercise
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 29 Feb 2016 06:28
Last Modified: 27 Oct 2017 09:32
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12930

Actions (login required)

View Item View Item