Pengaruh luahan terhadap parameter indeks kualiti air di sungai Menggatal

Nurshahila Noor Sazali, (2008) Pengaruh luahan terhadap parameter indeks kualiti air di sungai Menggatal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002779.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian pengaruh luahan terhadap parameter Indeks Kualiti Air (IKA) telah dijalankan di Sungai Menggatal pada Disember 2007 hingga Februari 2008. Objektif kajian ialah mengkaji tentang pengaruh dan perhubungan luahan sungai terhadap parameter IKA dan melakukan penilaian tentang status kualiti air Sungai Menggatal berdasarkan kepada enam parameter IKA. Parameter yang terlibat ialah pH, permintaan oksigen biokimia (BOD), oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen kimia (COD), ammoniakal nitrogen (NH₅₋N), dan pepejal terampai (SS). Luahan sungai telah diukur dengan menggunakan kaedah meter alir. Nilai kadar luahan yang diperolehi sepanjang kajian ialah dalam julat yang rendah iaitu 0.28 m³s₋¹hingga 2.17 m³s�¹. Analisis kualiti air dijalankan berdasarkan kepada piawai APHA 1985. Keputusan analisis ialah pH dan BOD (Kelas II), DO (Kelas III), COD, SS, dan NH3-N (Kelas V). Keseluruhannya, status kualiti air Sungai Menggatal dikategorikan dalam kelas IV dan diklasifikasikan sebagai tercemar. Luahan didapati mempengaruhi kepekatan NH₅-N, COD, dan SS. Manakala tiada perhubungan didapati antara luahan dengan BOD, DO, dan pH. Kajian jangka masa panjang perlu dilakukan untuk mendapatkan perubahan nilai kadar luahan yang lebih besar terutamanya ketika aliran puncak bagi melihat pengaruh luahan terhadap parameter IKA dengan lebih jelas.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: river discharge, water quality index, Menggatal river
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 03 Mar 2016 04:39
Last Modified: 27 Oct 2017 09:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12947

Actions (login required)

View Item View Item