Geologi am dan sedimentologi Kg. Binsulong, Paitan, Sabah

Mohamad Shazli Salih, (2008) Geologi am dan sedimentologi Kg. Binsulong, Paitan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002874.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian ini terletak kira - kira 350 km daripada bandaraya Kota Kinabalu. Kedudukan kawasan ini dibatasi oleh lingkungan garis lintang 6º 15'U hingga 6º 20'U dan garis bujur 117º 17’T hingga 117º 23'T pada peta topografi. Kedudukan kawasan kajian adalah di Timur Laut Sabah. Kawasan kajian didominasi oleh Formasi Crocker dan sebahagiannya diisi oleh Endapan Kuaterner. Formasi Crocker terbentuk sejak Eosen Lewat hingga Miosen Awal manakala Endapan Kuatemer pula terendap semasa Kuatemer hingga kini. Kajian geologi struktur menunjukkan bahawa daya eanggaan yang bertindak di kawasan kajian adalah dari arah timur laut - barat daya secara berterusan. Terdapat 5 fasies yang telah diterbitkan berdasarkan kepada empat unit litologi Formasi Crocker. Fasies I ialah Batu Pasir berketebalan melebihi 5 m, Fasies II ialah Batu Pasir berketebalan diantara 1 - 5 m, Fasies III ialah selang lapis antara Batu Pasir dan Batu Lumpur (30-100 cm), Fasies IV ialah selang lapis antara Batu Pasir & Batu Lumpur nipis (1-30 cm), dan Fasies V ialah lapisan syal kelabu yang berketebalan melebihi 1 m. Analisis asosiasi fasies danjujukan menegak menunjukkan bahawa Formasi Crocker di kawasan kajian merupakan endapan laut dalam yang terbentuk di bahagian kipas tengah hingga kipas luar. Analisis petrografi menunjukkan bahawa punca sedimen mempunyai asalan igneus, sedimen, dan metamorf yang terkelas dalam jenis orogen kitaran semula. Analisis arus kuno berdasarkan riak menunjukkan punea sedimen berasal dari arah barat laut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Crocker Formation, Quaternary Deposit, sandstone, petrographic analysis
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jun 2016 01:53
Last Modified: 30 Oct 2017 01:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/12971

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository