Kesan senaman aerobik ke atas parameter komposisi tubuh mahasiswi universiti malaysia sabah dengan berat badan berlebihan

Nor Liyana Hamdan, (2015) Kesan senaman aerobik ke atas parameter komposisi tubuh mahasiswi universiti malaysia sabah dengan berat badan berlebihan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
827Kb

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan intervensi senaman aerobik ke atas perubahan komposisi tubuh badan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah dengan masalah berat badan berlebihan. Intervensi senaman aerobik merangkumi 12 sesi senaman yang dijalankan dua kali satu minggu selama satu jam dalam tempoh 6 minggu. Parameter komposisi tubuh yang di kaji adalah berat badan, Indeks Jisim Tubuh, Iilitan pinggang, ketebalan Iipatan kulit di tiga bahagian tubuh iaitu Triseps,Suprailiak dan Paha serta peratusan lemak tubuh. Kajian turut mengukur perubahan parameter tekanan darah Sistolik dan Distolik. 18 orang mahasiswi Universiti Malaysia Sabah yang berumur 23.83 ± 1.2 tahun dengan Indeks Jisim Tubuh > 23 kg/m² terlibat dalam kajian ini. Pengukuran bagi komposisi tubuh badan dan tekanan darah diambil untuk melihat perubahan sebelum dan selepas intervensi senaman aerobik. Terdapat perubahan signifikan (p<O.OS) dalam semua purata komposisi tubuh kecuali pengukuran ketebalan kulit di bahagian Suprailiak (p=0.18S) dan Paha (p= 0.S14).Perubahan signifikan didapati pada berat badan dan Indeks Jisim Tubuh subjek iaitu terdapat pengurangan sebanyak 1.SS± 1.66 kg dan 0.61 ± 0.4 kg/m2. Turut terdapat pengurangan pada purata ukuran lilitan pinggang iaitu sebanyak 2.S28 ± 0.42 cm.Peratusan lemak tubuh subjek telah menurun sebanyak 1.24 ± 0.21%. Terdapat perubahan signifikan pada purata tekanan darah Distolik iaitu menurun sebanyak S.72 ± 1.3 mmHg. Kajian ini mendapati persepsi dan penerimaan subjek terhadap aktiviti fizikal adalah berubah selepas menyertai senaman aerobik. Seeara kesimpulannya, intervensi senaman aerobik selama 6 minggu adalah berkesan dalam mengurangkan berat badan, Indeks Jisim Tubuh, lilitan pinggang, peratusan lemak tubuh dan tekanan darah Distolik.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Aerobic exercise , Systolic , Diastolic , leather
Subjects:R Medicine > RZ Other systems of medicine
ID Code:13147
Deposited By:IR Admin
Deposited On:16 May 2016 13:18
Last Modified:16 May 2016 13:18

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository