Pembinaan suis automatik untuk penjimatan tenaga elektrik

Ang, Pun Chong (2010) Pembinaan suis automatik untuk penjimatan tenaga elektrik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002793.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Projek ini dijalankan untuk mencipta sebuah litar elektronik yang dapat berfungsi sebagai suis automatik. Litar elektronik ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama iaitu litar pengesan, litar pengira dan litar pengawal. Litar pengesan tersebut pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pemancar dan bahagian penerima. Litar pemancar berfungsi untuk mencipta isyarat awalan dan menghantarkan isyarat yang dicipta tersebut menerusi LED inframerah kepada litar penerima. Jika seseorang itu masuk atau keluar dari bilik, dia akan menghalang litar penerima daripada menerima isyarat. Hal ini akan mengaktifkan komponenkomponen dalam litar penerima dan isyarat yang sepatutnya akan dihantar kepada litar pengira. Selain daripada menerima isyarat dari litar pemancar, litar penerima juga berfungsi untuk memproseskan isyarat supaya ia menjadi lebih ringkas dan sesuai digunakan oleh litar pengira. Konsep get logik telah digunakan untuk memproseskanis yarat. Selepasi syarat tersebut diproses, ia akan dihantar kepada litar pengira untuk mengira bilangan orang yang masih tinggal dalam bilik. Dalam litar pengira, paparan seven segment digunakan untuk memaparkan angka yang menunjukkan bilangan orang yang masih tinggal dalam bilik. Apabila seseorang itu masuk ke bilik, litar pengira akan kira +1 dan kira -1 bila seseorang itu keluar dari bilik. Litar pengawal berfungsi untuk menghidupkan alat-alat elektrik apabila seseorang itu masuk ke bilik dan memutuskan litar apabila bilik tersebut tiada orang.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: electric circuit, automatic switch, sensor, transmitter, LED, logic gate
Subjects: Q Science > QC Physics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 16 May 2016 05:17
Last Modified: 30 Oct 2017 02:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13151

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository