Sebatian meruap di dalam rempah tempatan

Dailius Gandoh Sibin, (2008) Sebatian meruap di dalam rempah tempatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002824.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kehadiran sebatian meruap yang terdapat dalam beberapa jcnis rempah tempatan. Kajian dijalankan dengan menggunakan Kromotografi Gas dan Pengesan Nyalaan Ion (FID). Sampel rempah yang dikaji terdiri daripada tiga jenis iaitu kayu manis, halia dan bunga cengkih. Bagi mengestrak sebatian meruap di dalam sampel rempah, sistem Likens - Nickerson digunakan dan bagi penentuan kehadiran kandungan sebatian meruap di dalam sampel-sampel rempah, Kromotografi Gas dengan Pengesan Nyalaan Ion (FID) digunakan. Analisis peratus kelembapan yang terkandung di dalam rempah turnt dilakukan. Peratus kelembapan bagi kayu manis yang diperolehi adalah sebanyak 16.88%, 15.40% peratus dalam halia dan 13.17% dalam bunga cengkih. Peratusan kelembapan yang diperolehi adalah lebih tinggi berbanding dalam kajian terdahulu. Ini disebabkan oleh ralat dan juga kemungkinan cara pengendalian sampel yang berbeza dari kajian terdahulu. Analisis kehadiran sebatian meruap di dalam rempah menggunakan kromatografi gas dengan pengesan FID berjaya menunjukkan kehadiran sebatian meruap di dalam rempah yang dikaji. Walaubagaimanapun hampir kescmua puncak yang hadir di dalam kromatogram tidak dapat dikenalpasti dengan tepat kerana tiada sampel rujukan bagi mengenalpasti kehadiran puncak-puncak tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: volatile, local spices, cinnamon bark, ginger rhizome, clove buds, Gas Chromatography, Flame Ionization Detector, extract, Likens-Nickerson
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 18 May 2016 05:36
Last Modified: 30 Oct 2017 02:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13177

Actions (login required)

View Item View Item