Geologi am dan sedimentologi Jalan Sulaman, Kota Kinabalu

Farah Liyana Ag. Damit, (2011) Geologi am dan sedimentologi Jalan Sulaman, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
8Mb

Abstract

Kawasan kajian merangkumi kawasan Jalan Sulaman yang dipetakan seluas 98 kilometer persegi dan terletak pada lingkungan garis bujur atau longitud bermula dan 116° 08'T hingga 116° 12' T manakala garis lintang atau latitud pula bermula dan 06° 05' U hingga 06° 11' U. Kawasan kajian terdiri daripada endapan aluvium yang berusia Kuarterner dan Formasi Crocker yang berusia Easen Akhir hingga Miasen Awal. Formasi Crocker merupakan sebahagian daripada sedimen laut dalam di Barat Laut Borneo semasa Easen Akhir di mana lanya terdiri daripada unit batuan batu pasir masif, selang lapis batu pasir dan syal serta batu lumpur. Formasi ini diendapkan di lembangan besar oleh arus turbidit. Jujukan Formasi Crocker di kawasan kajian dibahagiakan kepada 4 tasies iaitu unit terdiri daripada unit batuan Satu pasir tebal 5:1 (Fasies A) dicirikan pada ketebalan batuan, Unit Selang Lapis Batu Pasir dengan Syal dengan nisbah 2: 1 dan 1: 1 (Fasies B dan Fasies C) dengan nilai ketebalan lapisan yang berbeza serta Unit Selang lapis Syal tebal dengan Batu Pasir (Fasies D) dengan nisbah ketebalan 5:1. Struktur sedimen yang banyak dicerap adalah seperti lapisan bergred, laminasi selari, laminasi silang, kesan flut, kesan riak, kesan beban dan k1asta lumpur. Arah arus kuno kawasan kajian didapati mengalir ke arah utara. Persekitaran pengendapan pula merupakan endapan kipas taut dalam, iaitu asosiasi dengan kipas tengah. Batu pasir Formasi Crocker di kawasan kajian dikelaskan sebagai greiwak dan berasalan orogen kitar semula. Bagi analisis petrografi kawasan kajian menunjukkan batuan mengalami kematangan secara menyeluruh. Kawasan kajian telah mengalami canggan akibat daripada daya mampatan tektonik yang berarah Barat Laut - Tenggara. Daya mampatan ini menyebabkan pembentukan tren struktur Timur Laut - Barat Daya bagi lineamen permatang dan perlapisan di kawasan kajian.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Jalan Sulaman, alluvial deposit, Quaternary, Crocker Formation, sandstone
Subjects:Q Science > QE Geology
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:13195
Deposited By:IR Admin
Deposited On:20 May 2016 13:30
Last Modified:20 May 2016 13:30

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository