Geologi am dan pemetaan Geologi kejuruteraan terain dengan menggunakan teknik penderiaan jauh dan sistem maklumat Geografi di sepanjang Jalan Kimanis-Keningau (km64-84) Sabah

Shenna Elyvne @ Holly Murang, (2008) Geologi am dan pemetaan Geologi kejuruteraan terain dengan menggunakan teknik penderiaan jauh dan sistem maklumat Geografi di sepanjang Jalan Kimanis-Keningau (km64-84) Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002839.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian pemetaan geologi kejuruteraan terain bagi kawasan di sepanjang jalan KimanisKeningau. Ia dibatasi oleh garis lintang 05°33'U hingga 05°38'U dan garis bujur 115°05'T hingga 1 16°00'T. Batuan di kawasan kajian terdiri daripada Formasi Crocker merupakan endapan jenis "Flysch" yang berusia di an tara Eosen hingga Awal Miosen dan aluvium. Formasi Crocker terdiri daripada dua unit batuan utama iaitu batu pasir dan batu syal yang berselang-lapis secara sekata. Siri stratigrafi sedimen bagi Formasi Crocker di kawasan kajian boleh dikategorikan kepada empat unit litologi batuan iaitu unit batu pasir tebal, selang-lapis batu pasir dengan syal, unit syal kelabu, dan unit syal merah. Endapan Aluvium Kuaternari merupakan dataran sedimen yang masih muda dan mendatar. Ia terbentuk daripada dataran tasik yang berusia Holosen meliputi hampir keseluruhan kawasan dataran tanah rata yang terdapat di kawasan kajian. Kaedah pemetaan geologi terain melibatkan pengelasan terhadap sesuatu zon itu berdasarkan lima atribut utama, iaitu kecuraman cerun, kod terain, kod aktiviti, hakisan dan ketakstabilan serta jenis tutupan/tumbuhan. Melalui analisis ke atas peta kesesuaian bagi kawasan pembangunan dikenalpasti bahawa Kelas I yang ditakrifkan sebagai kawasan paling sesuai untuk dibangunkan merangkumi 70% daripada kawasan kajian diikuti oleh kelas II sebanyak 20%, Kelas III dengan anggaran 5%, dan kelas IV dengan hanya sejumlah 5% daripada keseluruhan kawasan kajian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Crocker formation, Flysch, Eocene, Miocene, Alluvium, geology terrain mapping
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 20 May 2016 05:31
Last Modified: 30 Oct 2017 03:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13203

Actions (login required)

View Item View Item