Geologi am dan geologi struktur kawasan Patau, Tambunan, Sabah

Mohd Asraf Khamis, (2010) Geologi am dan geologi struktur kawasan Patau, Tambunan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000002842.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian ini meliputi kawasan Patau di Daerah Tambunan, Sabah yang merangkumi Kampung Makatip di bahagian selatan sehingga ke Kampung Babagon di bahagian Utara. Ia dibatasi oleh garis lintang (latitud) 05º42'U sehingga 05º48'U dan garis bujur (longitud) 116°24'T sehingga 116°29'T dan jumlah keluasan kawasan kajian adalah kira-kira 108 km². Kawasan kajian terdiri daripada dua unit batuan utama, laitu Formasi Trusmadi yang berusia Paleosen - Eosen Tengah dan Formasi Crocker yang berusia Eosen Akhir - Miosen Awal serta Endapan Aluvium Kuaternari Formasi Trusmadi didrikan oleh batuan argilit berwarna gelap serta selang lapis batu lodak dan lumpur yang mengandungi telerang kuarza. Sebahagian daripada batuan sedimen berargilit ini telah mengalami proses metamorfisma rantau bergred rendah. Formasi Crocker pula terdiri daripada lapisan nipis batu pasir dan syal (fasles 1), lapisan sederhana ke tebal batu pasir dan syal (fastes 2) dan selang tapis batu pasir dan syat nipis (fasles 3). Hasil anailsis struktur bagi lineamen, pertapisan, perlipatan, sesar dan kekar telah menunjukkan ia dipengaruhi oleh daya mampatan yang berorientasi Timurlaut - Baratdaya. Daya mampatan ini merupakan hasil leraian daya utama semasa episod pembukaan Lembangan Laut China Selatan semasa Miosen Tengah yang berorientasi Utara - Selatan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Trusmadi Formation, Crocker Formation, Quaternary alluvium, sandstone
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 20 May 2016 05:31
Last Modified: 30 Oct 2017 03:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13205

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository