Nilai nutrisi beras bukit yang terpilih (Tombunan dan Kulit punti)

Ofyza Najib, (2011) Nilai nutrisi beras bukit yang terpilih (Tombunan dan Kulit punti). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
10Mb

Abstract

Beras merupakan makanan ruji bagi lebih daripada 3 juta manusia. lebih daripada 2000 spesis padi yang tumbuh di seluruh dunia. Beras juga terbahagi kepada beras bukit dan beras sawah. Beras bukit yang terpilih iaitu Kulit punti yang terdapat di daerah Ranau dan Tombunan yang terdapat di daerah Keningau dikaji komposisi nutrien yang terkandung di dalam bijirin tersebut. Antara nutrien yang dikaji adalah protein, lemak dan karbohidrat. Nilai protein, lemak dan abu bagi beras Tombunan lebih tinggi iaitu masing-masing 36.85 g, 1.14 g dan 19.20 g untuk 100 g sampel berbanding beras Kulit punti masing-maslng sebanyak 35.90 g protein, 0.52 g lemak, dan abu 0.85 9 untuk berat sampel yang sama. Namun, bagi karbohidrat. kalori dan kelembapan, beras Kulit punti mempunyai nilai yang tinggi iaitu masing-masing 58.05 g, 377.26 kcal dan 5.48 g untuk 100 g sampel berbanding beras Tombunan di mana nilai masing-masing ialah 37.62 g untuk karbohldrat. 316.00 kcal untuk kalori dan hanya 2.66 g untuk kelembapan. Begitu juga ctengan kandungan mineral untuk beras kulit punti yang tinggi iaitu untuk ferum, kalsium dan natrium. Sementara itu, beras Tombunan mempunyai kepekatan kalium yang lebih tinggi iaitu 0.08 mg/g berbanding beras Kulit punti iaitu 0.06 mg/g. Kepelbagaian kandungan nutrien yang terdapat dalam bijirin beras tersebut adalah dipengaruhi oleh faktor genetik, persekitaran dan taburan hujan. Sebagal kesimpulan, didapati bahawa beras bukit mempunyai nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Tombunan rice, nutrient composition, Kulit punti, hill rice
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:13213
Deposited By:IR Admin
Deposited On:02 Jun 2016 09:53
Last Modified:02 Jun 2016 09:53

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository