Kepelbagaian araceae di plot penyelidikan kekal Gunung Alab dan Ulu Kimanis

Jamal Ab Dani, (2008) Kepelbagaian araceae di plot penyelidikan kekal Gunung Alab dan Ulu Kimanis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003046.pdf

Download (561kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui kepelbagaian spesies Araceae antara dua tempat yang mempunyai ciri-ciri persekitaran yang berbeza. Lokasi kajian yang dipilih ialah Plot Penyelidikan Kekal Gunung Alab dan Plot Penyelidikan Kekal Ulu Kimanis. Kedua dua plot ini terletak di kawasan Taman Banjaran Crocker. Bilangan individu Araceae yang terdapat dalam plot dikenalpasti dan dikira untuk mengetahui kepadatan dan kelimpahannya Hanya satu spesies sahaja yang ditemui di Plot Penyelidikan kekal Gunung Alab iaitu dari genus Scindapsus. Manakala di kawasan Plot Penyelidikan kekal Ulu Kimanis pul~ sebanyak 13 spesies yang terdiri dari tujuh genus ditemui. Genus yang terdapat di Plot Penyelidikan Kekal Ulu Kimanis ialah Alacasia, Amydrium, Anadendrum, Epipremnum, Homalomena, Pothos dan Scindapsus. Jumiah individu Araceae yang dikira di Plot Penyelidikan Kekal Gunung Alab dan Uiu Kimanis masing-masing ialah 496 dan 118. Daripada anal isis data dengan menggunakan indcks kepelbagaian Shannon-Weiner menunjukkan Plot Penyelidikan Kekal Ulu Kimanis mempunyai nilai indeks kepelbagaian yang lebih tinggi iaitu 2.380 berbanding dengan nilai indeks kepelbagaian Plot Penyelidikan kekal Gunung Alab iaitu bemilai sifar. Ini menunjukkan kepelbagaian Araceae di Plot Penyelidikan kekal Ulu Kimanis berada pada tahap normal iaitu yang mana kebanyakkan spesies Araceae dapat hidup di kawasan tersebut. Nilai indeks kepelbagaian sifar di Plot Penyelidikan kekal Gunung Alab pula menunjukkan spesies Araceae di kawasan tersebut adalah homogenus iaitu hanya terdapat satu spesies Araceae yang dapat hidup di kawasan tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Alacasia, Amydrium, Anadendrum, Epipremnum, Homalomena, Pothos , Scindapsus.
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 27 Jun 2016 02:58
Last Modified: 07 Nov 2017 02:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13507

Actions (login required)

View Item View Item