Kepelbagaian kupu-kupu di dalam kampus tetap Universiti Malaysia Sabah

Yong, Janet, Fui Yen (2008) Kepelbagaian kupu-kupu di dalam kampus tetap Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003047.pdf

Download (685kB) | Preview

Abstract

Satu tinjauan terhadap fauna kupu-kupu telah dijalankan di tiga kawasan vegetasi utama, iaitu kawasan hutan sekunder, kawasan pantai dan kawasan tepi jalan raya berturap yang terdapat di dalam kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS), Teluk Sepanggar dari 19 Januari bingga 17 Februari 2008. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan pembangunan terhadap kepelbagaian kupu-kupu di persekitaran UMS. Tinjauan dilakukan bermula dari jam 9 pagi hingga 4 petang, iaitu selama 7 jam. Tinjauan bagi setiap kawasan kajian dilakukan dua kali persampelan, iaitu enam kali persampelan. Penangkapan kupu-kupu dilakukan dengan menggunakan jaring dan kupu-kupu ditangkap secara rawak sarna ada semasa ia sedang terbang atau berehat. Sebanyak 116 spesimen telah berjaya dikumpulkan dalam kajian yang mana merangkwni 25 spesies yang terdiri daripada 4 famili, iaitu Nympahlidae (17 spesies), Pieridae (5 spesies), Papilionidae (2 spesies) dan Lycaenidae (1 spesies). HasH yang diperolehi ini telah dibandingkan dengan hasil yang diperolehi oleh Penilaian Dampak Persekitaran UMS 1995 dan hasil kajian Zaini di UMS pada tabun 2001. Hasil tersebut menunjukkan terdapat spesies yang hilang dan terdapat juga spesies baru yang muncul. Perubahan terhadap fauna kupu-kupu mungkin disebabkan oieh pembangunan infrastruktur kampus UMS yang semakin pesat pada masa kini. Kawasan hutan menunjukkan jumlah spesies yang paling tinggi berbanding kawasan lain manakala kawasan pantai menunjukkan kelimpahan individu yang paling tinggi berbanding kawasan lain.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Butterfly , Nympahlidae , Pieridae , Papilionidae, Lycaenidae
Subjects: Q Science > QL Zoology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 24 Jun 2016 01:02
Last Modified: 07 Nov 2017 02:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13508

Actions (login required)

View Item View Item