Pembinaan litar pengesan gegaran yang berfungsi sebagai model penggera keselamatan pintu

Roland Ding, (2008) Pembinaan litar pengesan gegaran yang berfungsi sebagai model penggera keselamatan pintu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003080.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk membina satu litar pengesan gegaran mudah alih yang praktikal. Litar pengesan gegaran mudah alih ini merupakan litar yang menggunakan sebuah pembesar suara sebagai pengesan gegaran. Litar ini berfungsi berdasarkan prinsip pemotongan fluks magnet di mana apabila berlakunya satu gegaran pengesan gegaran iaitu pembesar suara turut bergetar dan seterusnya memotong fluks magnet dan akan menghasilkan arus yang keeil. Arus yang kecil ini kemudian akan dikuatkan oleh transistor yang bertindak sebagai pengayun dalam litar ini. Sebuah transmitter akan menerima arus dari litar pengesan gegaran ini sebagai input akan menghantar isyarat gelombang kepada sebuah penerima seterusnya akan menghidupkan litar ini dan dianggap sebuah litar pengesan gegaran yang sempurna. Dalam kajian ini litar telah diuji dan terdapat beberapa masalah yang timbul terutamanya pada MOSFET yang digunakan dalam litar. MOSFET yang digunakan gagal mengalirkan arus yang boleh mengaktifkan transmitter. MOSFET yang lebih sesuai dengan konfigurasi litar perlu digunakan bagi membolehkan litar berfungsi dengan baik. Litar pengesan gegaran ini berjaya dibina tetapi gagal berfungsi dengan baik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: seismic detector, transistor, MOSFET, speaker, circuit
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Q Science > QC Physics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Aug 2016 01:38
Last Modified: 13 Nov 2017 02:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13697

Actions (login required)

View Item View Item