Penyelesaian persamaan parabolik menggunakan Kaedah Penguraian Adomian Piawai (KPAP)

Pelsida Peling, (2008) Penyelesaian persamaan parabolik menggunakan Kaedah Penguraian Adomian Piawai (KPAP). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003102.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kaedah Penguraian Adomian Piawai sering digunakan dalam menyelesaikan persamaan pembezaan linear atau tak linear samada pembezaan biasa atau separa. Sungguhpun banyak kaedah Adomian yang sering diperbaharui seperti kaedah Penguraian Adomian Dua Langkah dan Penguraian Adomian Terubahsuai untuk memudahkan penyelesaian, tetapi disertasi ini hanya mengkaji atau memfokuskan kepada penggunaan kaedah Penguraian Adomian Piawai dalam menyelesaikan persamaan pembezaan parabolik linear dan tak linear. Perisian Maple digunakan bagi membantu pengiraan kaedah penguraian Adomian. Kejituan bagi kaedah ini akan ditentukan di akhir keputusan melalui ralat yang wujud. Selain itu, kajian ini menguji sejauhmana efektifnya kaedah Penguraian Adomian Piawai dalam menyelesaikan persamaan parabolik dan menerangkan langkah-langkah terperinci menggunakan kaedah Adomian. Asas pada penyelesaian menggunakan kaedah Penguraian Adomian Piawai juga ditunjukkan yang melibatkan pembezaan biasa pembezaan separa, dan paling penting adalah polinomial Adomian yang digunakan untuk menguraikan sebutan tak linear ke dalam bentuk siri.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Maple software, Adomian Decomposition Method, equations, linear
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Aug 2016 01:18
Last Modified: 13 Nov 2017 02:42
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13717

Actions (login required)

View Item View Item