Sutras dalam matematik vedik

Roselizawaty Mamat Hallwi, (2008) Sutras dalam matematik vedik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000003103.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah mengenai suatu sistem matematik kuno, 900 tahun sebelwn Masihi yang dikenali sebagai sistem Matematik Vedik. Sistem Matematik Vedik merupakan suatu sistem pengiraan mental yang berpandukan kepada enam belas Sutras atau pun dikenali juga sebagai formula perkataan. Sutras dalam sistem Matematik Vedik ini boleh dikaitkan dengan proses di mana mental manusia berkembang secara semulajadi. Kajian ini hanya mengkaji lima daripada enam belas Sutras yang terdapat dalam sistem Matematik Vedik dengan melibatkan operasi pengiraan asas iaitu operasi tambah, tolak, darab dan juga bahagi. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji kaedah pengiraan yang terdapat dalam sistem Matematik Vedik dan sekaligus mengkaji perbezaannya dengan sistem matematik moden. Terdapat lima kaedah pengiraan yang dikaji dalam kajian ini iaitu 'Dengan lebih satu dari yang sebelwnnya', 'Semua dari 9 dan terakhir dengan 10', 'Menegak dan bersilang','Transposisi dan aplikasi' dan 'Jika Samuccaya adalah sarna, maka ianya adalah sifar'. Hasil kajian mendapati bahawa pengiraan dengan menggunakan sistem Matematik Vedik adalah jauh lebih mudah dan ringkas di mana ia hanya melibatkan beberapa baris pengiraan sahaja berbanding pengiraan dengan menggunakan sistem matematik moden yang memerlukan langkah pengiraan yang panjang dan rumit.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Vedic Mathematics, Sutras, word formula
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Aug 2016 01:12
Last Modified: 13 Nov 2017 02:44
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/13718

Actions (login required)

View Item View Item