Penggunaan logo halal pada label makanan sejuk beku dalam mempengaruhi kuasa beli pengguna di sekitar bandar Kota Kinabalu

Norazmadayu Aziz, (2006) Penggunaan logo halal pada label makanan sejuk beku dalam mempengaruhi kuasa beli pengguna di sekitar bandar Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000209.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penggunaan logo halal pada label makanan sejuk beku dalam mempengaruhi pengguna semasa membeli makanan tersebut. Seramai 400 orang responden terlibat dalam kaji selidik ini di mana ianya telah dijalankan di beberapa kompleks membeli-belah di sekitar bandar Kota Kinabalu. Lebih daripada separuh responden iaitu seramai 294 orang (73.5%) daripada 358 orang (89.5%) responden yang beragama Islam memilih logo halal sebagai maklumat yang paling dititikberatkan semasa melihat label makanan sejuk beku. Kajian ini juga dijalankan untuk menguji pengetahuan pengguna mengenai kepelbagaian bentuk logo halal pada label makanan sejuk beku dan kesannya dalam mempengaruhi pengguna semasa membuat keputusan untuk membeli. Seramai 376 orang (94%) responden mengetahui tentang kepelbagaian bentuk logo halal pada label makanan sejuk beku berbanding hanya 24 orang (6%) responden tidak mengetahui tentang kepelbagaian logo halal tersebut. Bagi pengaruh kepelbagaian logo halal pula, seramai 312 orang (83%) daripada 376 responden yang mengetahui kepelbagaian logo halal menyatakan bahawa kepelbagaian logo halal mempengaruhi mereka membeli makanan sejuk beku ' manakala seramai 37 orang (9.8%) responden menyatakan bahawa kepelbagaian logo halal tidak mempengaruhi mereka membeli makanan sejuk beku. Seramai 27 orang responden merasakan bahawa mereka tidak tahu sama ada kepelbagaian logo halal pada label makanan sejuk beku dapat mempengaruhi mereka semasa membeli makanan sejuk beku ataupun tidak.Tiada hubungan signifikan (X2, p>0.05) antara jantina responden dengan pengetahuan mengenai kepelbagaian bentuk logo halal. Bagi analisis korelasi yang dijalankan berhubung pengetahuan responden mengenai kepelbagaian bentuk logo halal dengan pengetahuan mengenai kepentingan logo halal JAKIM didapati bahawa tiada perkaitan yang kuat (r=0.497, p=0.05) di antara kedua-dua faktor tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Frozen food, Halal logo, Label
Subjects: ?? BP184-184.9 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 11 Aug 2011 03:19
Last Modified: 12 Oct 2017 08:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1436

Actions (login required)

View Item View Item