Penghasilan jem mangga campuran nangka

Nur Zuraidah Abdul Majid Yunus, (2006) Penghasilan jem mangga campuran nangka. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000071.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk membangunkan produk jem mangga campuran buah nangka. Sebanyak 12 formulasi jem dihasilkan daripada gabungan 3 paras peratus kandungan puri mangga iaitu 26%. 30% dan 34%; dan 4 paras peratus purl nangka pada 12%, 14%, 16% dan 18%, manakala kuantiti gula, pektin dan asid sitrik adalah tetap pada setiap formulasi dengan peratusan masing-masing sebanyak 44%, 0.6% dan 0.4%. Hasil penilaian deria iaitu ujian pemeringkatan dan ujian skala hedonik menunjukkan formulasi yang paling digemari oleh ahli-ahli panel adalah F9 yang mengandungi 34% mangga dan 12% nangka. Antara atribut-atribut yang diuji adalah warna, aroma, kebolehsapuan kemanisan, kemasaman, keseimbangan manis-masam, aftertaste dan penerimaan keseluruhan. Analisis proksimat menunjukkan jem ini mengandungi kandungan lembapan sebanyak 29.64% ± 0.40, abu 0.45% ± 0.02, protein 1.54% ± 0.02, lemak 0.66% ± 0.03, serabut kasar 0.37% ± 0.04 dan karbohidrat 66.89% ± 0.40. Analisis fizikokimia pada produk akhir mencatatkan jumlah pepejal larut 68.0 ± 0.00 °Briks, pH 3.06 ± 0.01, keasidan 0.74% ± 0.01. Ujian mutu simpanan menunjukkan tiada pertumbuhan mikroorganisma selepas 8 minggu. Dalam ujian pengguna sebanyak 55% responden menyukai produk ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Manggo jam, Jackfruit
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 26 May 2011 08:27
Last Modified: 12 Oct 2017 08:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/1494

Actions (login required)

View Item View Item