Pengalaman terhadap pelakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut di Semporna Sabah : satu penemuan awal

Nor-Ina Kanyo , and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman , and Rosazman Hussin , (2015) Pengalaman terhadap pelakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut di Semporna Sabah : satu penemuan awal. Journal Borneo Transformation Studies (JOBTS)- Special Issues. . pp. 478-485. ISSN 2231-962X

[img]
Preview
PDF
45Kb

Abstract

Pelakuan jenayah merupakan permasalahan sosial yang menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak peringkat lapisan masyarakat sama ada di pihak pembuat dasar atau masyarakat secara keseluruhannya. Peningkatannya adalah selari dengan kemajuan pembangunan dan perkembangan perbandaran sesuatu wilayah. Pengkajian jenayah lazimnya dilakukan di kawasan bandar dan masih kurang kajian dijalankan daripada pelbagai disiplin ilmu di Malaysia. Kekurangan pengkajian jenayah di negara ini daripada pelbagai aspek yang merentasi ruang wilayah menjadi antara penyumbang kepada kelemahan mengatasi permasalahan jenayah di negara ini. Justeru itu, pengkajian jenayah berasaskan disiplin geografi telah diperluaskan skop dan ruang lingkupnya merentasi wilayah bandar dan luar bandar. Kertas kerja ini mengetengahkan penemuan awal kajian terhadap pelakuan jenayah dalam perusahaan rumpai laut di Daerah Semporna, Sabah yang merupakan antara kawasan yang dikenalpasti dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program National Key Economic Areas (NKEAs) bagi strategi pembasmian kemiskinan dan pemerkasaan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara hasil daripada kedudukan geografi yang strategik dan kekayaan khazanah alamnya. Bagi memudahkan perbincangan, pengalaman terhadap pelakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut di daerah kajian diketengahkan. Sesuatu yang menarik daripada kertas kerja ini, ianya bukan sekadar mendedahkan pelakuan dan pengalaman terhadap pelakuan jenayah dalam kalangan pekerja perusahaan rumpai laut, juga sebagai sumber rujukan bagi pengkajian jenayah bagi konteks kawasan kajian, seterusnya menyumbang kepada penambahan skop bidang pengkajian jenayah di negara ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Commission of the crime; Employee; Seaweed; Semporna; Sabah
Subjects:H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions:SCHOOL > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
ID Code:15175
Deposited By:IR Admin
Deposited On:13 Dec 2016 15:34
Last Modified:13 Dec 2016 15:34

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository