Memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat Islam di Sabah pasca larangan menggunakan kalimah Allah

Saini Ag. Damit, and Abd Hakim Mohad, and Yusten Karulus, and Mohd Sohaimi Esa, and Dayu Sansalau, and Ros Aiza Mohd Mokhtar, and Ahmad Tariq, Shabbir and Sarjit S. Gill, (2015) Memahami sikap masyarakat kristian terhadap masyarakat Islam di Sabah pasca larangan menggunakan kalimah Allah. In: International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21st Century, 6-7 September 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

[img]
Preview
Text
Memahami_sikap_masyarakat_kristian_terhadap_masyarakat_Islam_di_Sabah_pasca_larangan_menggunakan_kalimah_Allah.pdf

Download (49kB) | Preview

Abstract

Hubungan Islam-Kristian sebenarnya telah berusia lebih 1400 tahun. Sepanjang waktu tersebut ada banyak peristiwa yang membawa kepada turun naiknya hubungan yang telah sedia terjalin. Dalam konteks Malaysia, perbezaan kepercayaan ini sememangnya dibenarkan berdasarkan perlembagaan negara Perkara 3(1) yang berbunyi “Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan�. Namun demikian, hubungan Muslim-Kristian telah memasuki fasa yang baharu apabila pada 22 Okt 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan penerbitan Gereja Katolik, Herald-The Catholic Weekly (Herald) dilarang menggunakan kalimah Allah. Isu ini telah mendapat perhatian masyarakat Malaysia dan antarabangsa kerana ia bakal mencorakkan hubungan Muslim-Kristian pada masa hadapan. Walaupun isu ini menyentuh secara khusus kepada masyarakat Kristian di Semenanjung Malaysia, namun ia dilihat turut mampu meninggalkan kesan kepada masyarakat Kristian lain termasuklah di Sabah. Makalah ini membincangkan tentang sikap masyarakat Kristian terhadap masyarakat Islam di Sabah pasca 22 Okt 2013. Kajian yang dijalankan adalah menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap masyarakat Kristian terhadap masyarakat Islam adalah positif dan kehidupan mereka berjalan seperti biasa seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Kajian juga mendapati bahawa antara faktor yang menyumbang kepada situasi ini ialah fabrik sosial di Sabah sudah terjalin dengan erat dan tidak mudah terlerai begitu sahaja.

Item Type: Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED)
Uncontrolled Keywords: behaviour, Christianity, muslim, difference belief
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
Divisions: SCHOOL > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Dec 2016 07:33
Last Modified: 12 Oct 2017 02:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15176

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository