Amalan kepimpinan transformasi guru besar: Kaitannya dengan Ciri Sekolah Berkesan

Abdul Said Ambotang , and Hassan Jamali, and Cristina Andin, (2015) Amalan kepimpinan transformasi guru besar: Kaitannya dengan Ciri Sekolah Berkesan. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu & Bahasa , 22 . pp. 165-181.

[img]
Preview
PDF
42Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti amalan kepimpinan transformasi guru besar dan kaitannya dengan ciri sekolah berkesan melalui satu tinjauan dalam kalangan guru. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 150 orang guru yang dipilih secara rawak mudah menerusi enam buah sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di daerah Semporna, Sabah. Analisis statistik inferens iaitu ujian-t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis nul pada aras signifikan p<0.05. Program perisian SPSS versi 21 digunakan untuk menganalisis data. Alat kajian terdiri daripada 82 item yang dibangunkan hasil daripada adaptasi soal selidik kajian lepas. Analisis dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara amalan kepimpinan guru besar dan ciri sekolah berkesan. Ujian korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap yang tinggi antara pemboleh ubah amalan kepimpinan transformasi dan ciri-ciri sekolah berkesan. Lanjutan daripada dapatan kajian ini, beberapa masalah telah dikenal pasti dan beberapa cadangan juga telah diutarakan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:ANOVA , teacher transformation
Subjects:L Education > LC Special aspects of education
Divisions:FACULTY > Faculty of Psychology and Education
ID Code:15312
Deposited By:IR Admin
Deposited On:03 Jan 2017 11:24
Last Modified:03 Jan 2017 11:24

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository