Tenaga Kerja Indonesia (TKI) Bugis dalam sektor perladangan kelapa sawit di Sabah (Indonesian Bugis migrant workers in the palm oil plantation sector in Sabah) in

Wan Shawaluddin Wan Hassan, and Ramli Dollah, and Dewi Herviani, (2015) Tenaga Kerja Indonesia (TKI) Bugis dalam sektor perladangan kelapa sawit di Sabah (Indonesian Bugis migrant workers in the palm oil plantation sector in Sabah) in. Jurnal Manu, 21. pp. 61-81.

[img]
Preview
Text
Tenaga_Kerja_Indonesia.pdf

Download (45kB) | Preview

Abstract

Tenaga Kerja Indonesia (TKI) merupakan sumber pekerja utama di sektor perladangan di Sabah, terutamanya kelapa sawit. Kumpulan TKI yang paling dominan adalah berketurunan Bugis (termasuk TKI dan PTI) yang datang dari Sulawesi Selatan. Ini diikuti oleh pekerja berketurunan Timor (Adonara dan Flores di Nusa Tenggara) dan Jawa. Kertas kerja ini memfokuskan kajian ke atas TKI berketurunan Bugis dan cuba melihat bagaimana kumpulan ini mendominasi sektor ini di Sabah. Bagi melengkapi kajian ini, tinjauan dan temubual telah dibuat di beberapa buah estet di Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan Tawau. Di samping itu temubual turut dibuat dengan Konsulat Jenderal Indonesia di Kota Kinabalu dan Tawau, pihak majikan dan agensi pekerjaan. Kajian mendapati bahawa rangkaian sosial di kalangan migran Bugis dan faktor desakan ekonomi serta usaha untuk meningkatkan taraf hidup sebagai punca utama migran Bugis cukup dominan dalam sektor perladangan di Sabah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Foreign worker , Sabah , oil farm
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 05 Jan 2017 06:39
Last Modified: 25 Oct 2017 06:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/15329

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository