Kajian keberkesanan prinsip momentum-impuls bagi mata pelajaran fizik SPM

Fatimah Haji Saidin, and Jamilah Haji Ahmad, (2015) Kajian keberkesanan prinsip momentum-impuls bagi mata pelajaran fizik SPM. Jurnal Pemikir Pendidikan, 6 . ISSN 1985-3637

[img]
Preview
PDF
54Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kebekersanan penggunaan Prinsip Momentum-Impuls (PMI) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Fizik tingkatan empat bagi topik Momentum Linear dan Perlanggaran. Responden kajian melibatkan 54 orang pelajar tingkatan empat aliran sains Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang dengan kumpulan rawatan 27 orang pelajar dan 27 orang lagi adalah kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan diajar menggunakan modul PMI yang diperoleh daripada laman web “The Physics Classroom” dan kandungannya telah disahkan oleh dua orang guru pakar fizik. Modul ini dipilih kerana susunan kandungan yang baik, bahasa yang mudah difahami, bersifat interaktif dan berkait dengan topik sebelumnya iaitu graf gerakan linear dengan penggunaan pita detik. Konsep ‘lantunan’ yang terdapat dalam modul ini dapat memberikan pemahaman yang lebih jelas tentang kaitan momentum dan impuls serta kebanyakan latihan yang diberikan berbentuk kualitatif aras tinggi (menganalisis dan mengevaluasi). Kumpulan kawalan pula diajar menggunakan buku teks fizik tingkatan empat berdasarkan huraian sukatan pelajaran fizik sedia ada. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Keberkesanan Penggunaan Prinsip Momentum-Impuls (UKPPMI) yang telah diujirintis dengan nilai alpha Cronbach, α = 0.996. Data dianalisis dengan berbantukan perisian SPSS dan Microsoft Excel. Analisis Statististik Deskriptif menunjukkan min pencapaian kumpulan rawatan ialah 69.67 dengan SD skor 16.946. Manakala, min pencapaian kumpulan kawalan ialah 48.07 dengan SD skor 13.806. Ini menunjukkan pencapaian kumpulan rawatan adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Tambahan pula, soal selidik keberkesanan penggunaan modul PMI ke atas kumpulan rawatan mendapati sebanyak 65.4% responden bersetuju bahawa penggunaan modul PMI memberi kesan positif dan pemahaman yang lebih baik mengenai topik Momentum Linear dan Perlanggaran. Dapatan kajian memberi implikasi bahawa penggunaan PMI dicadangkan dalam PdP bagi topik Momentum Linear dan Perlanggaran.

Item Type:Article
Subjects:L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
ID Code:15829
Deposited By:Noraini L
Deposited On:17 Feb 2017 11:31
Last Modified:17 Feb 2017 11:32

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository