Kesejahteraan sosial dalam memartabat komuniti Suluk: ruang dan cabaran

Mohammad Faizal Rashid, (2014) Kesejahteraan sosial dalam memartabat komuniti Suluk: ruang dan cabaran. Jurnal Kinabalu (eJK), 20 .

[img]
Preview
PDF
44Kb

Abstract

Penulisan ini berkisar tentang komuniti Suluk dalam menempatkan diri mereka sebagai sebahagian daripada komuniti sejahtera di Malaysia. Dalam sepuluh tahun kebelakangan ini, individu mahupun komuniti ini dilihat bersaing dan menyesuaikan diri untuk meningkatkan kualiti hidup. Persaingan ini dilihat penting bagi sesebuah komuniti untuk meneruskan kehidupan dan menambah baik kualiti hidup agar tidak ketinggalan dengan persekitaran semasa. Situasi dalam dasawarsa ini turut mendorong komuniti Suluk untuk berusaha memartabatkan komuniti mereka dalam menikmati taraf sosial yang lebih baik. Oleh itu, artikel ini cuba merungkai persoalan bagaimana Suluk sebagai komuniti minoriti menggerakkan taraf sosial dan kemampuan mereka bersaing dengan komuniti lain di Malaysia.1Persoalan ini ditekankan lagi dengan kesan peristiwa pencerobohan Tanduo di Lahad Datu yang jelas melahirkan sentimen tidak sihat komuniti lain kepada komuniti Suluk. Untuk itu, temu bual secara Focus Group Discussion (FGD) bersama komuniti Suluk di beberapa kawasan di Lahad Datu telah dilakukan dan hasilnya akan membantu dalam melihat sejauh mana kesejahteraan yang dicapai oleh mereka serta cabaran dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti mereka.2 Berdasarkan pada cerapan lapangan berlandaskan kaedah FGD, penulis dapat menemukan beberapa faktor keberadaan Suluk di Lahad Datu. Selain itu, komuniti Suluk terpaksa menerima beberapa cabaran dalam usaha mereka memartabat serta meningkatkan kesejahteraan hidup sebagai komuniti minoriti di Sabah khususnya selepas peristiwa Tanduo berlaku.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kesejahteraan sosial, komuniti suluk, kualiti hidup, taraf sosial
ID Code:15834
Deposited By:Noraini L
Deposited On:17 Feb 2017 11:21
Last Modified:17 Feb 2017 11:21

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository