Kesan penggunaan tinja kelawar terhadap pertumbuhan dan hasil jagung varieti mas madu

Wan Mohamad Izzat Wan Molly, (2014) Kesan penggunaan tinja kelawar terhadap pertumbuhan dan hasil jagung varieti mas madu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
11Mb

Abstract

Tinja kelawar telah lama diiktiraf sebagai baja organik yang terbaik. Ia memperbaiki kesuburan tanah dengan menambah bahan organik tanah yang boleh meningkatkan kelembapan dan pengekalan nutrient disamping menyediakan nutrien yang cukup untuk pertumbuhan dan hasil tanaman. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan tinja kelawar (BG) pada kadar yang berbeza terhadap pertumbuhan dan hasil jagung varieti Mas Madu (Zea mays L). Penyelidikan ini telah dijalankan di bawah rumah lindungan hujan di Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah pada 26 Jun sehingga 25 September 2013. Kajian ini mengandungi lima rawatan iaitu kawalan, 10 t/ha BG, 20 t/ha BG, 30 t/ha BG dan 40 t/ha BG. Eksperimen telah dijalankan dalam reka bentuk secara rawak dengan empat replikasi bagi setiap rawatan. Parameter pertumbuhan pokok dan hasil jagung dianalisis dengan menggunakan ANAVA satu hala. Hasil keputusan, kadar baja tahi kelawar tidak memberi kesan yang ketara terhadap lilitan batang pokok, berat 100 biji, panjang tongkol dan bilangan tongkol sepokok. Walau bagaimanapun parameter lain iaitu ketinggian pokok, bilangan daun, bilangan bijirin per tongkol, berat bijirin per tongkol memberi kesan yang ketara. Kadar penggunaan tinja kelawar sebanyak 40 tan sehektar telah mencatat purata tertinggi untuk semua parameter seperti ketinggian pokok, bilangan daun, liIitan batang pokok, bilangan tongkol sepokok, panjang tongkol, bilangan bijirin setongkol, berat bijirin setongkol, berat 100 bijirin dan menujukkan masa yang singkat untuk menghasilkan 50% bunga jika dibandingkan dengan dengan kadar tinja kelawar yang lain. Namun, berdasarkan analisis ekonomik penanaman jagung untuk setiap rawatan, 10 t/ha tinja kelawar dapat memberi pulangan yang lebih tinggi dari rawatan lain termasuk penggunaan baja NPK (kawalan).

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Bat guano, organic fertilizer, Mas Madu
Subjects:S Agriculture > SB Plant culture
Divisions:FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
ID Code:17037
Deposited By:Munira M
Deposited On:07 Jun 2017 14:30
Last Modified:07 Jun 2017 14:30

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository