Pengetahuan, sikap dan amalan penternak kambing di daerah Sandakan terhadap penggunaan bahan makanan dari bahan sisa pertanian

Nor Hidayah Taha, (2015) Pengetahuan, sikap dan amalan penternak kambing di daerah Sandakan terhadap penggunaan bahan makanan dari bahan sisa pertanian. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
12Mb

Abstract

Industri penternakan kambing merupakan salah satu industri penting yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. Kos makanan yang tinggi adalah penyebab utama kurangnya penghasilan dan pengeluaran daging kambing di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui latar betakang dan rnaklurnat demografi para penternak kambing yang terlibat dalam kajian di Daerah Sandakan; untuk mengenalpasti jenis- jenis makanan yang dibelikan kepada ternakan; untuk mengkaji tahap pengetahuan, sikap dan amalan penternak kambing terhadap penggunaan bahan makanan dan sisa pertanian; dan untuk mengenalpasti hubungan antara ciri-ciri latar belakang para penternak kambing dengan tahap pengetahuan, sikap dan amalan mereka terhadap penggunaan sisa bahan pertanian sebagai makanan ternakan. Borang kaji selidik telah digunakan untuk mengumpul data yang mengandungi tiga seksyen. Seksyen A mengandungi data demografi, Seksyen B mengandungi jenis- jenis makanan yang diberikan kepada ternakan manakala Seksyen C mengandungi data tahap-tahap pengetahuan, sikap dan amalan (PSA) penternak. Rekabentuk kajian ini ialah kaedah survey deskriptif. Teknik persampelan secara rawak digunakan untuk mengenalpasti saiz sampel iaitu seramai 32 orang. Pengumpulan data melalui temuramah individu secara berdepan melalui lawatan ladang ke ladang menggunakan borang kajl selidik. Data yang dikumpulkan seterusnya dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS version 21.0). Min, peratus, taburan frekuensi, dan korelasi yang diperolehi, dibentang dalam bentuk jadual dan rajah. Secara keseluruhan, bagi mengurangkan kos pengeluaran kambing, penggunaan sisa pertanian sebagai sumber makanan ternakan kambing adalah sangat digalakkan sekaligus mengurangkan kadar kebergantungan penternak terhadap makanan komersial yang berharga jauh lebih tinggi.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Goat breeder, goat meat production, livestock
Subjects:S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions:FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
ID Code:17044
Deposited By:Munira M
Deposited On:08 Jun 2017 12:06
Last Modified:08 Jun 2017 12:06

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository