Kesan campuran beberapa kadar sekam padi disebatikan dengan baja organik tinja kambing ke atas pertumbuhan dan hasil padi varieti TQR-8

Sharifah Nazwa Mat Taib, (2014) Kesan campuran beberapa kadar sekam padi disebatikan dengan baja organik tinja kambing ke atas pertumbuhan dan hasil padi varieti TQR-8. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
849Kb

Abstract

Kajian ini dilakukan ke atas padi varieti Tuaran Quality Rice 8 (TQR-8) dengan menggunakan campuran beberapa kadar perapi tanah sekam padi dengan baja organik tinja kambing dan disebatikan dengan tanah plot 17 SPL-UMS jenis siri Silabukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kadar pemberian perapi tanah sekam padi yang dicampurkan bersama baja organik tinja kambing yang memberi kesan keatas pertumbuhan vegetatif dan hasil padi serta untuk mengenalpasti kesan positif terhadap pertumbuhan hasil padi dengan pengeluaran yang tinggi dan memperbaiki struktur tanah di plot 17 SPL-UMS. Kajian ini dijalankan di dalam sebuah rumah lindungan hujan yang terletak di Sekolah Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah. Rawatan yang digunakan dalam kajian ini adalah campuran baja tinja kambing dengan kadar 20 tan ha-1 bagi setiap rawatan bersama lima kadar perapi tanah sekam padi yang berbeza bagi setiap rawatan (20 tan ha-1 , 30 tan ha-1, 40 tan ha-1 , 50 tan ha-1 dan 60 tan ha-1 ). Manakala rawatan kawalan menggunakan baja NPK (60 kg N ha-1 : 30 kg P20 S ha-1 : 30 kg K20 ha-1 ). Parameter yang digunakan adalah paramater pertumbuhan vegetatif padi, komponen hasil padi dan kesuburan tanah. Parameter bagi pertumbuhan vegetatif padi ialah ketinggian pokok, ketinggian 'culm', bilangan anakan padi dan peratus bilangan anakan padi produktif. Parameter bagi komponen hasil ialah bilangan tangkai per rumpun, panjang tangkai, butiran padi penuh per tangkai, bilangan butiran padi kosong per tangkai, berat 1000 butiran padi per rumpun dan unjuran hasil (tan ha-1 ). Parameter bagi kesuburan tanah ialah nilai pH tanah. Hasil data dianalisis menggunakan cara satu analisis varians ANAVA. Penanaman padi telah dilakukan secara penyemaian di peringkat nurseri dan kemudiannya mengubah ke dalam pasu penanaman. Pemberian baja dilakukan mengikut kadar yang telah disyorkan. Berdasarkan keputusan kajian, rawatan T4 (campuran kadar 40 tan ha-1 sekam padi dengan 20 tan ha-1 baja tinja kambing) menunjukkan perbezaan bererti (p<O.OS) terhadap komponen hasil padi. Rawatan T4 telah menghasilkan berat 1000 butiran yang paling tinggi dengan 24.12 9 dan bilangan butiran kosong yang terendah. Walaupun, purata panjang tangkai dan peratus butiran padi penuh pada rawatan T4 tidak menghasilkan catatan tertinggi, namun butiran padi yang dihasilkan adalah yang berkualiti kerana mempunyai unjuran hasil 4.08 tan ha-1 iaitu paling tinggi berbanding rawatan lain. Peratus butiran padi penuh bagi rawatan ini adalah 84.91%. Kesimpulannya, rawatan T4 dengan campuran kadar 40 tan ha-1 sekam padi dengan 20 tan ha-1 baja tinja kambing telah menghasilkan hasil baik kerana mendapati unjuran hasil padi yang paling tinggi. Oleh itu, campuran kadar sekam padi dan baja tinja kambing ini adalah digalakkan untuk digunakan pada tanah jenis siri Silabukan di plot 17 SPL-UMS

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Soil Silabukan, organic fertilizer, paddy,goat dung fertilizer
Subjects:S Agriculture > SB Plant culture
Divisions:FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
ID Code:17065
Deposited By:Noraini L
Deposited On:13 Jun 2017 08:39
Last Modified:12 Jul 2017 14:40

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository