Kesan penggunaan bahan buangan ikan tilapia (Oreochomis Niloticus) kepada pertumbuhan sawi (Brasslca Juncea) dalam sistem akuaponik

Pazrinie Mat Ali, (2014) Kesan penggunaan bahan buangan ikan tilapia (Oreochomis Niloticus) kepada pertumbuhan sawi (Brasslca Juncea) dalam sistem akuaponik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
KESAN_PENGGUNAAN_BAHAN_BUANGAN_IKAN_TALAPIA.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan pad a October 2013 hingga November 2013 berhampiran dengan Pejabat Pentadbiran Ladang Sekolah Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sa bah, Kampus Sandakan, Sandakan, Sabah, Malaysia. Benih sawi telah diambil daripada syarikat Hien Huat Seeds, Sandakan, Sabah. Kajian ini telah dijalankan untuk menentukan prestasi pertumbuhan sawi (Brassica juncea) sarna ada menggunakan sistem akuaponik dengan ikan adalah lebih baik berbanding sistem akuaponik tanpa ikan. Dalam kajian ini, sistem rakit atau apungan telah digunakan. Rawatan yang telah digunakan sepanjang kajian ini ialah sistem akuaponik dengan kehadiran ikan dan rawatan kawalan adalah sistem akuaponik tanpa kehadiran ikan. Pengukuran parameter adalah sebanyak 30 bacaan sawi telah digunakan dalam kajian ini dan hanya 10 bacaan sawi yang terbaik digunakan untuk analisa statistik. Penggunaan nutrien stok A dan stok B telah digunakan dalam kajian ini untuk kedua-dua sistem akuaponik. Berdasar hasil kajian, parameter ketinggian sawi untuk sistem akuaponik dengan kehadiran ikan telah menunjukkan bacaan tertinggi 18.26±1.S1 sm, untuk kelebaran daun sawi dalam sistem akuaponik dengan kehadiran ikan telah menunjukkan bacaan tertinggi S.78±1.02 sm dan untuk bilangan daun sawi dalam sistem akuaponik dengan kehadiran ikan telah menunjukkan bacaan tertinggi 12.20±1.23. Seterusnya, untuk pH bacaan tertinggi ialah 7.04±0.040 untuk sistem akuaponik dengan kehadiran ikan dan untuk suhu air bacaan tertinggi ialah 29.28±0.63 oc untuk sistem akuaponik dengan kehadiran ikan. Berdasarkan daripada keputusan yang diperolehi sistem akuaponik dengan kehadiran ikan telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Hien Huat Seeds, Mustard seeds, Brassica juncea, aquaponics system technique
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 05 Jul 2017 01:59
Last Modified: 13 Oct 2017 07:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17102

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository