Pengecaman sempadan tulang femur dari filem X-RAY menggunakan gabungan teknik kernel K-means dan teknik pengesanan sisi canny

Hikmah Ahmad, (2015) Pengecaman sempadan tulang femur dari filem X-RAY menggunakan gabungan teknik kernel K-means dan teknik pengesanan sisi canny. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengecaman sempadan tulang femur dari filem.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Projek yang dijalankan adalah berkaitan dengan integrasi pengesanan sisi Canny yang mana menggabungkan teknik Kernel K -means dan teknik pengesanan sisi Canny bagi mengecam sempadan tulang femur dari filem X-ray. Tujuannya adalah untuk merekabentuk teknik bagi pengecaman sempadan tulang femur pacta filem X-ray dengan menggunakan teknik pengesanan sisi canny dan teknik Kernel K-means. Projek ini juga bertujuan untuk membangunkan sebuah prototaip yang menggabungkan teknik pengesanan sisi Canny dan teknik Kernel K-means bagi tujuan pengecaman sempadan imej tulang femur pada tilem X-ray. Teknik Kernel K-means digunakan untuk tujuan pengklasifikasian objek sasaran iaitu tulang femur dengan mengelompokkan piksel yang terdapat dalam imej tersebut. Kemudian, teknik pengesanan sisi Canny diimplimentasikan bagi mengesan dan menghasilkan garis sisi dalam ketebalan satu piksel. Beberapa ujian telah dijalankan bagi menguji algoritma pengesanan sisi Canny yang telah diintegrasikan sekaligus mengukur keberkesanan sistem yang dibina. Analisis yang dibuat ke atas hasil ujian pengesanan sisi menunjukkan algoritma pengesan sisi Canny yang telah diintegrasikan berjaya mengesan objek sasaran secara khusus namun ia memerlukan kombinasi nilai ambang yang sesuai bagi menghasilkan pengesanan sisi yang tepat Hasil ujian kecerahan pula menunjukkan ketepatan pengesanan sisi oleh pengesan sisi Canny yang telah diintegrasikan berkurang selari dengan berkurangnya kecerahan imej. Oleh itu, imej yang mempunyai tahap kecerahan yang optimum diperlukan untuk tinjuan pengesanan sisi yang lebih tepat. Hasil eksperimen juga mendapati nilai ambang dari satu imej ke imej yang lain adalah berbeza bergantung kepada kecerunan keamatan garis yang terdapat pada sesebuah imej.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Kernel K-means technique, Canny edge detection technique, femur bone, X-ray film
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 20 Nov 2017 02:06
Last Modified: 20 Nov 2017 02:06
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17367

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository