Perbandingan ketoksikan cypermethrin terhadap Plutella xylostella L., perosak sayuran kubis antara Kg. Mesilau dan Kg. Montakik, Kundasang, Sabah

Nur Affidathul Shida Mohd Azahari, (2015) Perbandingan ketoksikan cypermethrin terhadap Plutella xylostella L., perosak sayuran kubis antara Kg. Mesilau dan Kg. Montakik, Kundasang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
13Mb

Abstract

Plutella xylostella adalah serangga perosak utama untuk tanaman kubis. Penggunaan racun perosak merupakan altematif utama bagi pengusahan sayur-sayuran di Kundasang bagi mengawal populasi P. xylostella ini. Kajian mengenai ketoksikan racun perosak yang mempunyai kandungan bahan aktif Cypermethrin di Kundasang, Sabah masih belum dikaji. Kadar ketoksikan dapat diukur dengan menggunakan nilai LD₅₀. Terdapat dua buah kampung yang dipilih bagi kajian ini (Kg. Mesilau dan Kg. Montakik). Kajian ini dijalankan berdasarkan dua objektif iaitu untuk mengkaji nilai LD₅₀ Cypermethrin terhadap Plutella xylostella di dua kampung di Kundasang (Kg. Mesilau dan Kg. Montakik) dan membandingkan nilai LD₅₀ Cypermethrin pada Plutella xylostella di antara dua kampung (Kg. Mesilau dan Kg. Montakik).Penyelidikan dimulakan dengan penanaman kubis di ladang Fakulti Pertanian Lestari (FPL), pengutipan larva dan pupa DBM di Kg. Mesilau dan Kg. Montakik, proses pembiakan DBM, kajian bioassai larva generasi F1 DBM, dan akhir sekali analisis ketoksikan bahan aktif Cypermethrin terhadap DBM. Kajian ini tetah mengambil masa empat bulan untuk siap. Dalam kajian ini, lima rawatan insektisid (ng/g) telah digunakan (kawalan (0 dos), dos 1040.46, 2080.92, 4161.85, 8323.70) dan setiap rawatan mempunyai lima replikasi. Mortaliti larva telah direkodkan setiap 24 jam dan pemerhatian dilakukan selama 168 jam. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan bererti pada tahap ketoksikan Cypermethrin terhadap P. xylostella di kedua-dua kampung (Kg. Mesilau dan Kg. Montakik) walaupun nilai dos efektif bagi membunuh 50% populasi serangga di kedua-dua kampung adalah berbeza (Kg. Mesilau=2686.457 ng/g dan Kg. Montakik=1318.799 ng/g). Terdapat kemungkinan bahawa para petani di Kundasang menggunakan racun secara bertebihan bagi mengawal P. xylostella yang boleh memudaratkan manusia dan alam sekitar. Kajian selanjutnya pertu dijalankan bagi membuktikan kemungkinan ini.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:toxicity, pesticides, Cypermethrin, pest, cabbage
Subjects:S Agriculture > SB Plant culture
Divisions:FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
ID Code:17404
Deposited By:Munira M
Deposited On:21 Jun 2017 11:58
Last Modified:21 Jun 2017 11:58

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository